Sylvaine - Silent Chamber, Noisy Heart (Full Length, 2014)

Kami pernah menyertakan Sylvaine dalam 2016 Best Releases untuk album Wistful. Kali ni kita berundur ke belakang sikit dan dengar terbitan yang jadi langkah permulaan projek solo Kathrine Shepard sebagai Sylvaine. Album Silent Chamber, Noisy Heart merupakan terbitan sendiri yang dirakam di IMV, diadun Nick Terry dan mastering oleh Ray Staff. 




1. Sylvan
2. It Rains in My Heart
3. Silent Chamber, Noisy Heart
4. тоска
5. Bien Loin D'ici
6. The Biggest Loss of All
7. Dysphoria
8. Seraphim
9. I Drink in Every Sob Like Wine
10. I Laugh in a Sea of Sorrow

Hala-tuju dan gaya Sylvaine sebenarnya merentas beberapa genre, menjadikan saya sedikit keliru bila dengar sewaktu mula-mula. Band Metal ke ni? Apasal macam ada gaya Pop sendu pulak? Tapi ada feel post-rock/shoegaze? Saya boleh conclude yang secara generalnya Sylvaine lebih kepada feeling melankoli, meninggalkan definisi genre jauh ke belakang.Senang cakap, Sylvaine sesuailah kalau nak buat feeling-feeling emo di malam Sabtu yang lonely. 

Kalau nak panggil Sylvaine band Metal, anda mungkin betul. Tapi kalau anda tak setuju, dan nak panggil Sylvaine Rock sedih, pun bolehlah.

Berbeza daripada Wistful yang nampak lebih agresif dan borderline Metal, Silent Chamber, Noisy Heart lebih jinak dan mesra telinga untuk audiens yang nak layan feeling melankoli tak berapa depressive. Senang cerita, light-light aje. Tengok tajuk-tajuk lagu pun boleh tahu.



Saya berpendapat tarikan utama album ini (dan Sylvaine secara amnya) adalah alunan vokal Kathrine sendiri. Tak kira sama ada lemak merdu untuk trek feeling hatinya pedih macam Silent Chamber ataupun teriak ala Banshee untuk satu-satunya trek paling garang, It Rains in My Heart, semuanya dilakukan dengan baik. 

Muzik secara amnya dirangka secara simple. Saya teka kebanyakan digubah daripada gitar akustik sebelum direfine kepada instrumen elektrik. Takde solo tajam, takde tunjuk skil melangit. Anda akan dapati album ini gitarnya sangat kurang distortion, kebanyakan clean dan minimal touch up untuk gitar berbunyi kasar. Traces post-rock boleh ditemui merata-rata, tetapi lebih nyata album sulung ini memang jinak dan tidak berapa dark berbanding Wistful. 

It Rains in My Heart: Lirik yang dinyanyikan diambil terus daripada puisi Paul Verlaine yang bertajuk sama. Vokal clean yang meruntun berselang-seli teriakan tinggi memberikan contrast yang baik serta memberi feeling sedih teruk. Olahan gitar yang berbau DSBM dan Blackgaze menjadikan trek ini pilihan utama saya untuk terbitan ini.

Silent Chamber, Noisy Heart: Lagu sedih lagi. Hook Pop untuk trek ini memang kuat. Vocal delivery Kathrine cukup mantap dalam trek ini. Entah apa yang sedihnya, terbawa-bawa pula. 

The Biggest Loss of All: Santai-santai sedih. Saya dapati album ini memang jenis sedih yang bukan jenis hilang akal, tapi lebih kepada yang chill, macam 'oh aku sedih ni, tapi aku nak termenung tepi tingkap kejap' punya vibe. Lovely vocals definitely.

Terbitan sulung ini sememangnya on point kalau nak cakap dari segi pembawaan emosi melankoli. Sungguhpun macam tu, saya dapati dynamic album ini tidak berapa cantik, seolah-olah terletak di hanya satu pace. Pada saya, Silent Chamber could have been better kalau Sylvaine memberi variasi kepada pace dan pembawaan stail dari satu trek kepada trek lain. Satu usaha yang boleh tahan untuk keluaran sulung. Untuk mendapatkan Silent Chamber, Noisy Heart, hubungi Sylvaine melalui email atau di Bandcamp.


Untuk peminat: Alcest, Les Discrets, Myrkur, Deafheaven.


Ikuti Sylvaine di sini:


0 feedbacks: