Ulterior Decimation - Maelstorm of Debauchery (EP2017)

Ini satu release yang agak monster dan menggila untuk genre Death Metal tempatan untuk 2017. Trio yang menamakan Ulterior Decimation sebagai nama rasmi mereka ini sebenarnya telah wujud sekitar 2002. Menghasilkan demo pertama pada 2005 yang hanya mengandungi 2 buah track dan seakan projek ini sedikit hibernate sebelum rakaman terbaru dilakukan pada 2010. Material tersebut telah terperam sekian lama sebelum Gedebe Rekords tampil sebagai label yang bertanggungjawap mengeluarkan rakaman tersebut pada 2017. Maelstorm of Debauchery (EP2017) adalah sebuah masterpiece untuk pendokong2 Death Metal sebenar! Sebagai mukadimah terakhir, perlu juga diberitahu 3 line up ini adalah individu2 yang sedang dan pernah terlibat bersama band2 seperti Impiety, Humiliation, Break The Silence, Innards Decay, Arbitrary Element, Bilharzia dan banyak lagi. Ok teruskan dengan kegilaan lain untuk review dibawah.


Artwork oleh Rudiyanto Gorgingsuicide Art
Logo oleh Kris Verwimp
Layout oleh Azrin Moondusk

Tracklist :

1 - Maelstorm of Debauchery
2 - Indoktrinasi Dendam
3 - Hatin XI-78
4 - Hannibal
5 - Aku, Pemusnah

Maelstorm of Debauchery (EP2017) melalui proses rakaman di Studio 47, Singapore sekitar 2009 sehingga 2010. Pemain gitar Impiety iaitu Nizam Aziz bertanggungjawap dalam hal ehwal rakaman, engineer dan mastering. Ulterior Decimation bertindak sebagai penerbit material ini.


Track pertama Maelstorm of Debauchery ternyata dari awal tidak memberi sebarang ruang kosong dengan kepadatan riffing dan hentakkan drum yang pantas dan laju. Track berdurasi 2 minit 6 saat ini ternyata cukup keras, brutal dan penuh kegilaan tahap maksimum. Cukup lengkap segala perisa untuk dinobat sebagai Death Metal.

Indoktrinasi Dendam apabila menggunakan lirik dalam bahasa Melayu ternyata ianya sudah kedengaran seakan mendengar material2 dari negara jiran Indonesia yang cukup terkenal dengan irama Death Metal keras sebegini. Ok, sepanjang menghayati track ini, gua tak nampak sebarang kecacatan dari segi "diction" dari penyampaian vocal oleh A.P Filthgrindz. 

Track ketiga Hatin XI-78 masih dalam kegilaan seperti apa yang dilakukan dalam 2 track awal. Masih menggunakan bahasa ibunda sebagai lirik, ternyata ia nya masih dalam permainan instrument yang penuh kelajuan. 

Hannibal terus-terusan menggila dengan ketepuan Death Metal nya dari segenap segi. Mungkin ini salah satu track paling gila terhasil antara 5 track untuk EP ini walaupun adakala kedengaran sedikit riffing yang kedengaran bermelodi. Menghampiri suku terakhir lagu, ada sesuatu yang menarik dihasilkan Ulterior Decimation. Kalau nak tahu sila grab CD ni.

Track penutup Aku, Pemusnah adalah track yang mungkin gila dari segi penghasilan dan permainan riffs dan stroke drum yang penuh blastbeat. Gila dan segilanya!

Perghhhhh!!!!! memang gila dan penat gegendang telinga menahan seksaan dari bunyi-bunyian dari CD ini. Setakat ini, adakah benar kalau gua katakan Ulterior Decimation untuk Maelstorm of Debauchery ini sebuah produk Death Metal tempatan yang paling cuba melawan kemampuan manusia dari segi permainan instrument dan penghasilan musicnya? Jawapan gua dan anda mungkin berbeza tapi untuk 2017, ini satu product Death Metal dari Malaysia yang paling patut mendapat pujian paling tertinggi. Penelitian paling tinggi perlu dibuat sepanjang Malaysia berada dalam arena music gelap, ada atau tidak muncul band memainkan music Death Metal gila sebegini?

Dari segi sound produksi, gua rasa tidak perlu disangkal lagi dan pujian harus diberi kepada Nizam Aziz dari Studio 47, Singapore kerana bertanggungjawap menghasilkan rakaman, mix dan mastering yang cukup bagus dan gua pasti EP ini boleh jual di negara luar tidak kira Asia mahupun Eropah.

Kepada penggemar Death Metal tahap kelajuan tertinggi, melawan kemampuan manusia dan cuba2 menjadi robot, ia antara produk wajib dimiliki anda. Satu hasil pecah kepala dan agak rugi ianya hanya dikeluarkan 7 tahun selepas ianya dirakam. Mungkin ianya boleh membuka mata dunia dan memberi saingan lebih sihat dikalangan band2 tempatan jika produk ini dikeluarkan 7 tahun dahulu.

Penggemar Nile, Deeds of Flesh, Hate Eternal jangan beralasan untuk mendapatkan Maelstorm of Debauchery (EP2017) ini dengan harga RM15 by hand atau sertakan RM7/RM10 untuk kos penghantaran Semenanjung atau Sabah/Sarawak. Hubungi Gedebe rekords melalui email dan facebook yang kami sediakan dibawah. Peringatan terakhir, berhenti jadi pendengar Death Metal jika copy Maelstorm of Debauchery tidak berada di tangan anda!!! Recommended!!!


Gedebe Rekords
Email
Facebook

* Gua harap Ulterior Decimation boleh jadi band yang serius dan mampu menghasilkan album pada masa akan datang dan usia band ini panjanglah hendaknya.. (editor)

Athotorgh - Promaster Dieyana (Re-released 2017)

Ketika sebelum menulis entry ini, gua terasa layakkan gua menulis review ini. Pertama kerana ini adalah antara release berstatus "klasik" untuk metal scene tempatan. Athotorgh rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi kepada para pendengar irama berat Old Skool tempatan. Bermula pada 2002, mereka yang terdiri dari Promaster, Dreamstone dan Old-T kekal sehingga sekarang. Promaster Dieyana yang dikeluarkan kembali untuk cetakan ketiga dalam format cakera padat (pertama kaset, kedua vinyl) istimewa kerana ianya menampilkan 2 buah bonus track yang melalui proses rakaman semula khas untuk keluaran anniversary 20 Athotorgh.

Dreamstone (Guitars/Vocals), Old-T (Drums), Promaster (Vocals/Bass)

Album layout oleh Blackyramone

Tracklist :

1 - G.M.F
2 - Bath in Sin
3 - Beyond the Serpent Scream
4 - The Rites
5 - Promaster Dieyana
6 - Be To Be
7 - Einchfriekel

Album berstatus klasik ini melalui proses rakaman di Booty Sound Studio, Kuala Lumpur untuk 5 track asal dimana Oz Yusof (Allahyarham) dan Athotorgh bertindak sebagai penerbit dan Kang bertanggungjawap dalam hal ehwal engineering rakaman. Bonus track "Be To Be" dan "Einchfriekel" melalui proses rakaman di Greenhouse Studio oleh Tom The Bollocks dan Yokota Base Studio Tokyo Japan oleh Tetsu. E (Scum) dijemput untuk memainkan bass untuk track Be To Be. Proses mastering dilakukan oleh Atok Otai dan Azumbi di Retrax Studio, Kuala Lumpur. Ajax Dethkren merupakan penerbit eksekutif untuk release ini.

Be To Be - Live at Hard Rock Cafe Melaka 2016

5 track terawal rasa nya tidak perlu untuk di review kerana ianya sudah terbenam dalam sanubari setiap pendengar irama berat tanahair. Be To Be yang diletakkan sebagai track ke 6 adalah rakaman yang khas untuk keluaran anniversary 20 tahun Promaster Dieyana dikeluarkan. Masih kental dengan semangat Thrash Metal yang disulami Speed Heavy Metal, Be To be ternyata tidak mengecewakan dan ia antara buah tangan terbaru Athotorgh yang diabadikan dalam format audio. Paling orgasme apabila track berdurasi 3 minit 15 saat ini menjengah ke durasi 2 minit sebelum solo menggila dari Dreamstone menjadikan ianya lebih menggila. Ini sebuah track yang cukup bersemangat dan boleh bikin gila di gig.

Athotorgh - Einchfriekel (Live)

Einchfriekel adalah track yang dimuatkan didalam keluaran kedua Promaster Dieyana iaitu dalam format vinyl. Track menggunakan bahasa German ini juga tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan track terdahulu. Jelas material2 terbaru Athotorgh bukan calang2 dan masih berkobar-kobar walaupun Athotorgh amnya ditubuhkan pada 1992.


Untuk 2 track Be To Be dan Einchfriekel, gua boleh katakan Athotorgh masih lagi garang dengan penghasilan lagu2 yang mantap dan menyengat. Dreamstone selaku pemain gitar dilihat semakin menyengat dengan solo2 gitar yang pada gua lebih merbahaya dari apa yang dihasilkan untuk 5 track keluaran pertama dahulu. Juga walaupun hanya bertiga, Athotorgh punya ramuan tersendiri dan masih berpegang teguh dengan Thrash/Heavy/Speed Metal yang mereka perjuangkan sejak dahulu. Dan jika diteliti dari 2 track terbaru, rasanya adalah perlu Athotorgh menghasilkan sebuah album penuh untuk koleksi simpanan pengikut2 mereka sejak dari dahulu. Gua pasti ianya akan menjadi sebuah karya klasik seperti apa yang mereka lakukan didalam Promaster Dieyana pada 1997 dahulu.

Kenali Athotorgh melalui link yang kami sediakan dibawah. Kepada penganut fahaman "besi berat" yang baru lahir ketika 90an atau awal 2000 jangan lupa kenali Athotorgh yang merupakan antara pejuang2 awal irama berat tempatan.

Athotorgh
Email
Facebook

Ultra Hingax Production
Email

Gutslit - Amputheatre (2017)

Gutslit adalah sebuah band yang membawa genre Brutal Death Metal dari Mumbai, Maharashtra India. Ditubuhkan sekitar 2007, band ini telah menghasilkan sebuah split dan debut pertama pada 2013 bertajuk Skewered in the Sewer dibawah Coyote Records (Russia). Sepanjang penglibatan, telah berlaku beberapa perubahan line up dalam formasi Gutslit. Gua andaikan Gurdip Singh Narang selaku pemain bass adalah penggerak utama Gutslit memandangkan beliau adalah line up asal yang masih bersama Gutslit. Selain menghasilkan material secara digital dan fizikal, Gutslit turut menghangatkan pentas2 live termasuk Obscene Extreme Fest pada 2014 selain tour Eropah yang lain. Terkini dibawah Transcending Obscurity Records (India) mereka muncul dengan album terbaru bertajuk Amputheatre (2017) yang bakal dikeluarkan pada 1 September 2017.

Gurdip Singh Narang (Bass), Kaushal LS (Vocals),  Aaron Pinto (Drums), Prateek Rajagopal (Guitars)

Artwork oleh Eliran Kantor

Tracklist :

1 - Amputheatre
2 - Brazen Bull
3 - From One Ear To Another
4 - Necktie Party
5 - Blood Eagle
6 - Brodequin
7 - Maraschino Eyeballs
8 - Scaphism
9 - Death Hammer

Perkara pertama apabila mendengar album ini, ianya membuatkan gua cuba selongkar kembali sejarah kewujudan band, juga material2 yang pernah dikeluarkan. Ekpresi pertama apabila mendengar sekali harung ternyata Gutslit bukan sebarangan band. Gua boleh anggarkan music mereka berada diantara Death Metal > Brutal Death Metal > Grindcore. Ketiga2 elemen ini di blend dengan baik sekali dan menghasilkan groove yang sangat sedap di hayati tidak kira melalui format audio atau persembahan pentas.

Dari segi penulisan lagu, untuk riffing ternyata banyak pengaruh yang di apply untuk material kali ini. Tidak cukup sekadar riffing2 tipikal Death Metal tetapi permainan yang berteknikal untuk riffing yang dihasilkan berjaya membuatkan kesemua track kedengaran seakan menyeksa jari jemari pemain2 gitar dan bass. Paduan drum tidak dapat disangkal lagi. Attack dan blastbeat dari Aaron Pinto ternyata kental dan keras. Vocal yang pelbagai lebih mewarnai setiap track yang terhidang. Ini bukan sebarangan band dan bukan juga sebarangan line up!

Sound produksi menyaksikan ianya patut diangkat sebagai antara sound produksi terbaek untuk band2 berirama keras dari India untuk 2017. Tone gitar, bass yang lemak, paduan drum dan ngauman vocal yang cukup seimbang walaupun rata2 mereka bermain untuk tempo yang laju. Ternyata Gutslit berpengalaman dalam penghasilan akhir sound produksi dan kredit harus diberi kepada sound engineer yang terlibat dalam proses rakaman, mix dan mastering album ini. Seakan mendengar produk2 dari Eropah!

Ok, pre-order Amputheatre (2017) sudah boleh di buat melalui laman bandcamp Transcending Obscurity Records. Dinyatakan album ini dikeluarkan dalam 3 format iaitu pada 1 September 2017, format CD digipak dan limited edition boxset (150 copies worldwide) akan dikeluarkan manakala 15 October 2017, format digital akan mula dibuka untuk setiap purchasing.

Layan 2 video klip dari 2 buah track yang diambil dari Amputheatre (2017) dan kenali Gutslits melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah kedua2 preview video ini. Para pentaksub Death Metal/Brutal Death Metal dan Grindcore  yang ketinggalan untuk mengenali Gutslit. Akhir kata ini bukan sebarangan band!

Gutslit - Scaphism (Official Music Video)


Gutslit - Brazen Bull
Gutslit
Email
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook

VotW : Tysonn - Counterfeit World (Official Music Video)

Tysonn merupakan sebuah band dari utara tanahair iaitu Jitra, Kedah. Melabelkan music mereka sebagai Metal/Progressive (gua dengar ada bunyi2 Deathcore), mereka tampil dengan sebuah music video rasmi bertajuk Counterfeit World. Mungkin akan ada buah tangan terbaru berformat fizikal dari mereka dalam masa terdekat. Ok, cekidaut dulu video ini dan kenali Tysonn melalui laman facebook dan youtube mereka dibawah video ini.

Tysonn - Counterfeit World (Official Music Video)

Sam (Bass), Farid Khalid (1st Guitar), Wan Ruzaimy (Vocal), Ikram (Drum), Heafy (2nd Guitar)

Email
Facebook
Youtube

Wynken Delirium - Ticketless Travel Is Social Evil (2016)

Sejarah penubuhan Wynken Delirium bermula sekitar 2004 dimana pada ketika itu mereka menggunakan nama Gobling. Penggunaan nama Wynken Delirium secara rasmi nya bermula pada 2006 sekaligus menukar arah hala tuju music mereka kepada lebih keterbukaan dimana pengaruh Sludge Metal bersama elemen Nusantara diterapkan ke dalam music mereka. Sepanjang penubuhan Wynken Delirium telah melahirkan 2 buah album iaitu The Alchemy Of Worlds (2009) dan Opinions (2012). Terkini Wynken Delirium telah mengeluarkan album ketiga bertajuk Ticketless Travel Is Social Evil dimana ianya release dalam format digital bermula pada Julai 2016 dan selepas setahun berada di alam maya, album ini menemui pendengar dalam format fizikal pada Julai 2017. Ticketless Travel Is Social Evil dikeluarkan oleh TFHM Production & Saron Production (USA).

Muhammad Asri Ashari (vocals, saron)
Aki Hakkinen (vocals)
 Norismanizam Ismail (guitars)
Zaihas Amrizad Hasfar (guitars)
Harisfaisal Hamat (bass)
Shaun Harun (drummer)

Artwork oleh AkmalAbdurrahman
Layout oleh Zaihas Amrizad Hasfar

Tracklist :

1 - Old Man Spicy
2 - Artwork Beggars
3 - Warning Letter
4 - All In Deeds
5 - Imp Of The Perverse
6 - Milky Haze
7 - Nais (Neurotic Analysis and Intriguing Symbiosis)
8 - Babybats
9 - The Knowledge
10 - The Rarest Point Of Convergence

Ticketless Travel Is Social Evil (2016) melalui proses rakaman di beberapa buah studio seperti Tune Studios (Klang Selangor), Tony Music Garage (Johor Bahru), D'chorus Studio (Shah Alam), The Man Cave (Johor Bahru), Mastervox Studios dan Sauna Studio (Oulu Finland). Proses mixing dilakukan oleh Hafiz Ahmad di Tune Studio, manakala proses mastering dilakukan oleh Joe Carra di Crystal Mastering, Melbourne Australia. Penerbit album ini adalah Tony Alberto, Zaihas Amrizad Hasfar & Wynken Delirium.

Bermula dari track pertama Old Man Spicy, seperkara yang menampakkan kelainan adalah vocal dimana Aki Hakkinen yang merupakan seorang pemastautin di Finland memegang posisi vocalist dan cara penyampaian vocal yang agak jarang boleh didengar dari vocalist2 Metal tanahair. Ok, bercakap bab vocal perlu dinyatakan selain Aki Hakkinen, album ini turut mengenengahkan seorang lagi main vocal iaitu Muhammad Asri Ashari untuk sebahagian lagu serta guest vocal barangkali iaitu Florence Lee untuk 2 buah track "Nais (Neurotic Analysis and Intriguing Symbiosis)" dan "The Rarest Point Of Convergence". Zaihas Amrizad Hasfar iaitu pemain gitar Wynken Delirium yang banyak menyelitkan suara sebagai backing vocal turut menyampaikan vocalnya secara berseorangan untuk track "Imp Of The Perverse". Secara kesimpulan kedua2 main vocalist iaitu Aki Hakkinen dan Muhammad Asri Ashari ternyata punya kekuatan tersendiri untuk growl masing2.

Ticketless Travel Is Social Evil secara teknikalnya sebuah album yang pada pandangan gua maju kehadapan setapak dari Opinions (2012). Gua pasti kematangan ketika tour adalah sesuatu yang memberi lebih pengalaman kepada mereka untuk menghasilkan karya yang lebih terbuka namun masih didalam ruang lingkup konsep band. Sludge Metal bukanlah satu penerimaan meluas di Malaysia (hanya beberapa band tegar seperti Prognosis : Death - tukar nama kepada Grayson, Electric Funeral dan beberapa nama lain) namun Wynken Delirium masih kekal dengan teras Sludge Metal sehingga kini. Elemen tradisional seperti gamelan masih dikekalkan untuk album ini disamping penggunaan alatan music lain seperti flute, guzheng (alat music tradisional China), seruling, dholak, tabla, saron dan beberapa alatan lain yang mencerminkan asian music yang nampak lebih kepada Nusantara.

Album ini gua boleh simpulkan antara album yang punya kekuatan dari segi sound produksi yang cukup mantap dan penulisan lagu2 yang lebih matang. Ianya juga 1 pakej yang menarik dari segi presentation akhir dimana nampak kesungguhan dalam penghasilan secara fizikal walaupun ianya lewat kira2 setahun dari tarikh release untuk format digital. Profesional digipak CD beserta artwork yang cantik dan kemas. Juga diselitkan cover sleeve lengkap berkenaan informasi dan lirik untuk setiap track.


Tracks pilihan : Old Man Spicy, All in Deeds, Babybats, Imp of the Perverse.

Ticketless Travel Is Social Evil (2016) boleh diperolehi secara digital dan fizikal copy. Untuk pembelian secara digital, pembelian boleh dilakukan melalui Cdbaby, Bandcamp, I-tunes, Amazon dan Spotify. Manakala untuk fizikal copy, sila hubungi Wynken Delirium, TFHM atau Saron Production melalui laman sesawang disediakan dibawah dengan harga RM30 by hand untuk sebuah copy berformat digipak, 16 pages booklet dan giant poster! Dapatkan copies anda sekarang!

Package Deal


Wynken Delirium
Email (Booking Manager)
Facebook
Twitter
Bandcamp

Saron Production
Email

Dism - Warmageddon (2017)

Agak terkejut juga gua dengan kemunculan tiba2 band bernama Dism ini. Sesuatu yang lantas mengingatkan gua pada Discharge dan Disgust (ya memang ada dinyatakan sound mereka seperti 2 band ini melalui laman facebook mereka). Sesuatu yang perlu diperkatakan kemunculan album pertama berjudul Warmageddon (2017) ini nampak benar2 serius apabila mereka tampil dengan tour untuk mempromosikan album ini. Full length berformat kaset ini sudah habis dijual untuk pressing pertama dan diulang cetak untuk keluaran kedua. Dan untuk tour Indonesia, album ini dikeluarkan dalam format CD dalam kuantiti yang agak limited. Ok, teruskan mengenali Dism dan hasil sulung mereka Warmageddon.

Atoi (Guitars),  Chex Khaos (Bass), Sidd Hellstorm (Vocals), Zam (Drums)

Artwork, design dan layout oleh Atoi & Sidd Hellstorm

Tracklist :

1 - Impact of War (Intro)
2 - Warmageddon
3 - System From Hell
4 - No More Reality
5 - State Curfew
6 - Burden Our Life
7 - Dark Paradise
8 - Janji Kosong
9 - Brutalocaust
10 - Restricted
11 - A Nightmare For Today
12 - Destruk-vision (Outro)

Warmageddon (2017) melalui proses rakaman di Laguna Music Green House Studio pada 22 January dan 16 April 2017. Proses rakaman, mix dan mastering dilakukan oleh Tom Bollocks dan Dism. Tony "Bones" Robert (Discharge / Broken Bones) terlibat dalam permainan gitar untuk track bertajuk "No More Reality" manakala Tom (The Bollocks / Carburetor Dung) turut terlibat dalam gitar part untuk track pertama "Impact of War". Warmageddon dikeluarkan sendiri oleh Dism melalui label mereka Dismania Records.

Sepanjang menghayati album berdurasi hampir mencecah 30 minit ini, ternyata ianya mampu menyeksa gegendang telinga gua dan ianya semestinya membuktikan Dism berjaya kekal dengan konsepnya untuk setiap track yang dihasilkan. rata2 track berdurasi 2 ke 3 minit.

Warmageddon boleh gua katakan antara produk rancak, keras, bertenaga dan straight forward. Penggemar genre Crusty/Punk disarankan memiliki album ini. Teknikalnya, music Dism adalah menggunakan chord2 mudah namun energy disuntik dalam setiap riffing yang dihasilkan ditambah dengan hentaman drum dbeat dan cara penyampaian vocal yang lantang melepaskan api amarah yang nampak seakan lirik ketidakpuasan hati tentang sistem yang dilalui sekeliling. Dari segi rakaman, memadai dengan sound yang jelas walaupun tanpa permainan 100% bersih kerana genre sebegini sememangnya perlukan sound produksi sebegini untuk mendapatkan "soul" genre itu sendiri.


Warmageddon (2017) secara rasminya dikeluarkan dalam format kaset dan boleh dibeli dengan harga RM15 by hand. Copy untuk format limited CD yang dikeluarkan secara limited juga dijual dengan harga yang sama. Sila hubungi Dism melalui email dan laman facebook yang kami sediakan dibawah untuk sebarang urusan pembelian. Ini produk penuh amarah!!!

Email
Facebook
Bandcamp 

Bestial Hordes - Infernal Goathrashing Aggression (2017)

Bestial Hordes adalah antara penggerak music keras dari Sabah dan berpegang kepada panji Black/Thrash Metal, mereka nampak terus maju kehadapan dengan penghasilan material2 dan turut meranapkan pentas2 seluruh Malaysia tidak kira Borneo atau Semenanjung. Ditubuhkan sekitar 2004, Bestial Hordes telah menghasilkan sebuah demo, 2 buah EP, 2 buah split dan terkini di bawah label Evil Dead Production, mereka telah menghasilkan full length pertama berjudul Infernal Goathrashing Aggression (2017).

Fauzie (Guitars), Firdaus (Vocals), Max 'Lord Satan' (Bass), K.Helvete (Guitars)
Hyrilucifer (Drums)

 Artwork oleh Saigner
Layout oleh Helvete

Tracklist :

1. Bestial Hordes
2. Street Metal Bitch
3. Goatbrothers
4. Bestial Blasphemer
5. Hordes Of Hell
6. 666 Sial
7. Infernal Goathrashing Aggression
8. Born In Fire
9. Swords Of Revenge (Vocal - Sulphur/URN)
10. Darkness and Evil (Sabbat cover)

Infernal Goathrashing Aggression (2017) melalui proses rakaman di Helvete Studio. Gua pasti Helvete yang terdahulu banyak terlibat dalam proses rakaman music berjenama berat di Borneo bertanggungjawap dalam proses engineering album ini.

Setelah memaksa gegendang telinga memenuhi halwa nafsu Bestial Hordes untuk album ini, gua dapati Infernal Goathrashing Aggression (2017) adalah satu usaha bersungguh-sungguh dari mereka. 10 buah lagu termasuk track saduran dari Raja Thrash Japan iaitu Sabbat ternyata tidak memberi sebarang ruang kosong dimana permainan yang pantas dan ramuan Black/Thrash Metal itu seakan menjadi darah dalam peredaran di setiap tubuh dan jasad setiap track yang dihasilkan. Kesungguhan jelas tampak jika disingkap dari jarak tempoh masa antara EP terdahulu yang release pada penghujung 2016 dan penghasilan album ini dalam jarak masa yang singkat sekitar setengah tahun. Penggemar Black/Thrash wajib memiliki produk ini dimana sila ketepikan unsur Metal yang modern kerana intipati music Bestial Hordes berada dalam lingkungan Old Skool dan penggemar Speed Thrash juga disarankan mencuba untuk mengenali music Bestial Hordes.

Dari segi teknikal rakaman, gua pasti sound produksi sebegini sememangnya sengaja dihasilkan dan ianya bertepatan dengan konsep bawaan Bestial Hordes. Setiap instruments jelas kedengaran dengan seimbang walaupun dimainkan dengan penuh kelajuan. Kredit kepada sound engineer rakaman untuk proses mix dan mastering yang cun kerana memahami kehendak sound konsep yang dibawa iaitu Black/Thrash Metal!!!

Track pilihan : Bestial Hordes, Goatbrothers, Bestial Blasphemer (gua punya feberet track ni!!!), Infernal Goathrashing Aggression.

Infernal Goathrashing Aggression (2017) boleh dibeli dengan harga RM30 by hand atau sila tambah RM7 (Borneo) dan RM10 (Semenanjung) untuk urusan postage. Sila berhubung dengan Evil Dead Productions melalui email dan laman facebook yang kami sediakan dibawah. Dan difahamkan album ini juga akan dikeluarkan dalam format vinyl dimana ianya melalui proses mastering di Mammoth Sound Mastering, Alamena California USA.

Layan dulu beberapa preview songs yang disediakan dan pastikan album ini berada dalam simpanan anda!!!!

Bestial Hordes - Street Metal Bitch

Bestial Hordes - Bestial Hordes


Bestial Hordes - Infernal Goathrashing Aggression (2017) - Album Teaser

Bestial Hordes
Email
Facebook
Blogspot

Evil Dead Productions
Email
Facebook