Wynken Delirium - Ticketless Travel Is Social Evil (2016)

Sejarah penubuhan Wynken Delirium bermula sekitar 2004 dimana pada ketika itu mereka menggunakan nama Gobling. Penggunaan nama Wynken Delirium secara rasmi nya bermula pada 2006 sekaligus menukar arah hala tuju music mereka kepada lebih keterbukaan dimana pengaruh Sludge Metal bersama elemen Nusantara diterapkan ke dalam music mereka. Sepanjang penubuhan Wynken Delirium telah melahirkan 2 buah album iaitu The Alchemy Of Worlds (2009) dan Opinions (2012). Terkini Wynken Delirium telah mengeluarkan album ketiga bertajuk Ticketless Travel Is Social Evil dimana ianya release dalam format digital bermula pada Julai 2016 dan selepas setahun berada di alam maya, album ini menemui pendengar dalam format fizikal pada Julai 2017. Ticketless Travel Is Social Evil dikeluarkan oleh TFHM Production & Saron Production (USA).

Muhammad Asri Ashari (vocals, saron)
Aki Hakkinen (vocals)
 Norismanizam Ismail (guitars)
Zaihas Amrizad Hasfar (guitars)
Harisfaisal Hamat (bass)
Shaun Harun (drummer)

Artwork oleh AkmalAbdurrahman
Layout oleh Zaihas Amrizad Hasfar

Tracklist :

1 - Old Man Spicy
2 - Artwork Beggars
3 - Warning Letter
4 - All In Deeds
5 - Imp Of The Perverse
6 - Milky Haze
7 - Nais (Neurotic Analysis and Intriguing Symbiosis)
8 - Babybats
9 - The Knowledge
10 - The Rarest Point Of Convergence

Ticketless Travel Is Social Evil (2016) melalui proses rakaman di beberapa buah studio seperti Tune Studios (Klang Selangor), Tony Music Garage (Johor Bahru), D'chorus Studio (Shah Alam), The Man Cave (Johor Bahru), Mastervox Studios dan Sauna Studio (Oulu Finland). Proses mixing dilakukan oleh Hafiz Ahmad di Tune Studio, manakala proses mastering dilakukan oleh Joe Carra di Crystal Mastering, Melbourne Australia. Penerbit album ini adalah Tony Alberto, Zaihas Amrizad Hasfar & Wynken Delirium.

Bermula dari track pertama Old Man Spicy, seperkara yang menampakkan kelainan adalah vocal dimana Aki Hakkinen yang merupakan seorang pemastautin di Finland memegang posisi vocalist dan cara penyampaian vocal yang agak jarang boleh didengar dari vocalist2 Metal tanahair. Ok, bercakap bab vocal perlu dinyatakan selain Aki Hakkinen, album ini turut mengenengahkan seorang lagi main vocal iaitu Muhammad Asri Ashari untuk sebahagian lagu serta guest vocal barangkali iaitu Florence Lee untuk 2 buah track "Nais (Neurotic Analysis and Intriguing Symbiosis)" dan "The Rarest Point Of Convergence". Zaihas Amrizad Hasfar iaitu pemain gitar Wynken Delirium yang banyak menyelitkan suara sebagai backing vocal turut menyampaikan vocalnya secara berseorangan untuk track "Imp Of The Perverse". Secara kesimpulan kedua2 main vocalist iaitu Aki Hakkinen dan Muhammad Asri Ashari ternyata punya kekuatan tersendiri untuk growl masing2.

Ticketless Travel Is Social Evil secara teknikalnya sebuah album yang pada pandangan gua maju kehadapan setapak dari Opinions (2012). Gua pasti kematangan ketika tour adalah sesuatu yang memberi lebih pengalaman kepada mereka untuk menghasilkan karya yang lebih terbuka namun masih didalam ruang lingkup konsep band. Sludge Metal bukanlah satu penerimaan meluas di Malaysia (hanya beberapa band tegar seperti Prognosis : Death - tukar nama kepada Grayson, Electric Funeral dan beberapa nama lain) namun Wynken Delirium masih kekal dengan teras Sludge Metal sehingga kini. Elemen tradisional seperti gamelan masih dikekalkan untuk album ini disamping penggunaan alatan music lain seperti flute, guzheng (alat music tradisional China), seruling, dholak, tabla, saron dan beberapa alatan lain yang mencerminkan asian music yang nampak lebih kepada Nusantara.

Album ini gua boleh simpulkan antara album yang punya kekuatan dari segi sound produksi yang cukup mantap dan penulisan lagu2 yang lebih matang. Ianya juga 1 pakej yang menarik dari segi presentation akhir dimana nampak kesungguhan dalam penghasilan secara fizikal walaupun ianya lewat kira2 setahun dari tarikh release untuk format digital. Profesional digipak CD beserta artwork yang cantik dan kemas. Juga diselitkan cover sleeve lengkap berkenaan informasi dan lirik untuk setiap track.


Tracks pilihan : Old Man Spicy, All in Deeds, Babybats, Imp of the Perverse.

Ticketless Travel Is Social Evil (2016) boleh diperolehi secara digital dan fizikal copy. Untuk pembelian secara digital, pembelian boleh dilakukan melalui Cdbaby, Bandcamp, I-tunes, Amazon dan Spotify. Manakala untuk fizikal copy, sila hubungi Wynken Delirium, TFHM atau Saron Production melalui laman sesawang disediakan dibawah dengan harga RM30 by hand untuk sebuah copy berformat digipak, 16 pages booklet dan giant poster! Dapatkan copies anda sekarang!

Package Deal


Wynken Delirium
Email (Booking Manager)
Facebook
Twitter
Bandcamp

Saron Production
Email

0 feedbacks: