Eluveitie - Evocation II - Pantheon (Full Length, 2017)

Lepas pengunduran besar-besaran line-up Eluveitie pada tahun lepas, saya seakan berputus asa nak mendengar mereka dah. They are done, jiwa saya berkata lepas pulang dari show mereka di Singapura. Saya tahu rakaman Evocation II akan bermula selepas tour mereka tamat, dan saya tak letak harapan.

Setahun lebih lepas tu, Evocation II - Pantheon diterbitkan dan telahan saya terbukti salah.


This is a fucking stellar release.




1. Dureððu       
2. Epona
3. Svcellos II (Sequel)  
4. Nantosvelta 
5. Tovtatis        
6. Lvgvs
7. Grannos       
8. Cernvnnos
9. Catvrix
10. Artio 
11. Aventia                     
12. Ogmios                    
13. Esvs  
14. Antvmnos                 
15. Tarvos II (Sequel)                 
16. Belenos                    
17. Taranis         
18. Nemeton


Ada beberapa trek yang saya familiar melodinya seperti Grannos (yang premiere di show live mereka semenjak tour tahun lepas) dan Ogmios, yang lain masih menggunakan traditional reel sebagai base kepada lagu-lagu dalam Evocation II. Kepada yang biasa dengan Evocation I, siri kedua Evocation ini ada akustik sepenuhnya, jadi takdelah nak ada elemen Metal. Evocation II adalah album yang menghimpunkan prayers, mantera dan pujaan terhadap Dewa-Dewi Celtic dan ditulis dalam bahasa purba Gaul yang saya sepatah haram pun tak faham.

Macam saya cakap tadi, saya memang skeptikal dengan terbitan terbaharu mereka memandangkan line-up Eluveitie telah melalui perubahan besar-besaran, yang semestinya mempengaruhi input untuk album ini. Maaflah, saya salah. Ini album yang membuktikan Eluveitie tetap bukak kedai macam biasa dan komited untuk deliver folk/metal mereka dengan cemerlang.


Pertama sekali, vokalis wanita Fabienne Erni memang menyinar dalam Pantheon. Fabienne nyata mempunyai lenggok folk dan lebih articulate berbanding Anna Murphy yang cenderung nak rock memanjang. Pada saya, Fabienne break the monotony daripada beberapa album mereka sebelum ini (Origin dan Helvetios masih okey dalam buku saya).


Kedua, keputusan mereka untuk rehash melodi/reel yang pernah muncul dalam album-album sebelum ini pada awalnya mengundang rasa jengkel. Tapi setelah mengetahui Pantheon sebenarnya bertujuan untuk revisit dan melihat Celtic mythology dari perspektif lain, saya rasa tak salah pun. Contohnya, trek Ogmios mempunyai kaitan dengan Inis Mona dari album Slania, menjelaskan persamaan melodi antara dua trek ini (penjelasan lanjut boleh check di FB Eluveitie). Dan reel untuk kedua-kedua trek ini dipinjam dari lagu Trimartolod. Grannos mempunyai persamaan melodi Slania's Song dari album Slania.


Ketiga, ini adalah release yang dah long overdue dan ditunggu-tunggu (at least untuk saya).  Siri Evocation adalah peluang mereka menunjukkan sisi Folk Music mereka dan bersih daripada elemen Metal. Bagi saya, kekuatan Eluveitie sememangnya terletak pada folk instruments mereka.


Evocation II pada saya tidaklah menawarkan sesuatu yang groundbreaking, tetapi dwell in the familiar territory dan cukup selesa untuk dilayan.


Trek pilihan:



Epona merupakan single yang diterbitkan selaku promo Evocation II. Saya sangkakan ini folk version A Rose for Epona, jadi sebelum dengar saya macam cringe sikit sebab ARfE macam poyo pada pendengaran saya. Saya silap la pulak, memandangkan ia adalah trek folk yang rancak dengan gesekan biola pantas Nicole Ansperger yang kembali ke pangkuan Eluveitie diselangi folk instruments yang lain. 



Lvgvs mempunyai feel melankolik yang diadaptasi daripada lagu tradisional Son Ar Chistr. Lvgvs menampilkan akordion dan pipe, tu yang buat trek ini mendayu-dayu. Fabienne Erni berbunyi cukup selesa dan saya instantly boleh menerima nyanyian beliau yang lebih berlenggok folk berbanding Anna Murphy yang antara nak jadi pop dengan metal.



Grannos pernah debut di live show mereka sekitar tour 2016. Trek yang mempunyai melodi hampir serupa dengan Slania's Song ini pada permulaan macam sedih teruk tapi bila dah di pertengahan laju semacam pulak macam ditulis untuk tujuan tarian.

Ogmios adalah trek paling familair bagi saya kerana melodinya turut digunakan dalam Inis Mona daripada Slania yang sebenarnya dipinjam daripada lagu tradisional Trimartolod. Feel yang cukup chill memang sesuai dengar waktu pulang daripada kerja. Sekali lagi nyanyian Fabienne Erni memang lembut dan merdu, dan ini meyakinkan saya Chrigel did a good job hiring her.



Secara keseluruhannya, saya merasakan Evocation II  - Pantheon adalah album yang ditunggu-tunggu selepas beberapa album yang memanjang Metal daripada Eluveitie. Walaupun mempunyai beberapa trek yang saya anggap killer sebagai menjadikan Evocation II sebagai album mesti beli 2017, saya menganggap Eluveitie masih belum utilize potensi ahli-ahli barunya semaksimum boleh, jadi kena tunggu la sekurang-kurangnya dalam satu dua album untuk membuktikannya. 




Hubungi Eluveitie di laman web dan Facebook. Evocation II - Pantheon telah terbit pada 18 Ogos 2017 melalui Nuclear Blast.


0 feedbacks: