Jupiterian - Terraforming (2017)

Jupiterian adalah sebuah band yang agak misteri dan hanya mahu dikenali dengan abjad huruf tertentu sebagai line up. band yang datangnya dari Sao Paolo Brasil ini membawa konsep Atmospheric Sludge/ Doom Metal. Secara pengenalannya Jupiterian ditubuhkan sekitar 2013. menghasilkan sebuah EP bertajuk Archaic pada 2014, disusuli sebuah full length setahun kemudiannya bertajuk Aphotic. Sebuah EP dalam format digital mengandungi 2 buah lagu cover dari Anathema dan Black Sabbath dihasilkan seawal January 2017 dan diberi nama URN sebelum sebuah kompilasi lagu2 mereka dikeluarkan oleh Cold Art Industry dan dinamakan Archaic : Process of Fossilization yang menemui pendengar pada April 2017. Terkini dibawah Transcending Obscurity Records, Jupiter tampil dengan full length kedua bertajuk Terraforming (2017). Album ini akan menemui pendengar secara rasmi nya pada 15 November 2017.

V - Voices, Guitars, Percussions, Synths
A - Guitars
R - Bass
G - Drums

Cover artwork oleh Caue Piloto

Tracklist :

1 - Matriach
2 - Unearthly Glow
3 - Forefathers
4 - Terraforming (featuring Maurice de Jong of Gnaw Their Tounges)
5 - Us And them
6 - Sol

Terraforming melalui proses rakaman di Duna Studios dimana proses adunan dilakukan oleh maurice de Jong (Gnaw Their Tounges) manakala proses mastering dilakukan oleh Stephen Lockheart yang juga pernah terlibat dalam mastering beberapa band seperti Svartidaudi, Tchornobog dan Zhrine.


Band yang berimejkan menutup muka seperti Mgla, Svartidaudi ini jika diamati music didalam Terraforming ini boleh dikatakan agresif dalam permainan instruments tetapi dalam skala tempo yang lembap ditambah dengan tone gitar dan bass (berdistortion). Album berdurasi 38 minit ini rata2 mengandungi track berdurasi 6 ke 7 minit kecuali self-titled track yang berdurasi 3 minit lebih sahaja. Kelebihan music Jupiterian mungkin pada "feel" yang berjaya dijadikan trademark mereka. Atmospheric yang tidak terlalu melayang namun berada pada satu sudut yang statik dalam konsepnya tersendiri. Adakala ianya kedengaran kejam dan menakutkan.

Dari segi sound produksi, ianya satu produk yang bagus dan bersifat profesional. Mungkin boleh dikatakan satu produk yang bagus untuk genre Sludge/Doom Metal untuk tahun ini.

Terraforming (2017) boleh diperolehi dalam 2 versi digital dan fizikal. Untuk fizikal copy ianya dikeluarkan dalam 3 format iaitu digipak CD bersama 8 pages booklet, limited edition boxset CD dengan kuantiti 125 copies dan 12'" vinyl yang hanya dikeluarkan sebanyak 200 unit worldwide. urusan pembelian boleh dilakukan melalui laman bandcamp Jupiteran. (KLIK SINI)

Jupiterian
Email
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook

0 feedbacks: