The Minerva Conduct - Self-Titled (2017)

The Minerva Conduct adalah sebuah band yang terdiri dari beberapa gabungan pemuzik dari band  Gutslit, Reptilian Death, Demonic Resurrection (India), Entheos dan bekas Animal As Leaders (USA). Agak lama gua cuba menghadam music The Minerva Conduct dan mungkin sedikit tepat jika gua katakan tunjang music mereka adalah Progressive Metal yang diadun bersama elemen experimental dan atmospheric. Mereka adalah band yang bersifat instrumental. Material pertama berstatus full length ini dikeluarkan oleh Transcending Obscurity Records (India).

Navene Koperweis - Drums (ex-Animals As Leaders, Entheos)
Prateek Rajagopal – Guitars/Composer (Gutslit, Reptilian Death)
Nishith Hegde – Lead Guitar (Demonical Resurrection, ex-Albatross)
Ashwin Shriyan – Bass (ex-Demonical Resurrection, Reptilian Death)

Artwork oleh ShePaintsWithBlood (US)

Tracklist :

1 - Vile
2 - Desertion
3 - Metanoia
4 - Trip Seq
5 - Appetence
6 - Exultant
7 - Unearth
8 - Grand Arcane

Ok, sepanjang 8 track ini dimainkan gua boleh ungkapkan ini satu revolusi baru dalam dunia music Metal di India. Mungkin agak kurang yang ketahui dikala ini scene dan band2 berat di India sudah mula dan telah mengorak langkah semakin jauh kehadapan. berbalik kepada The Minerva Conduct, ianya adalah lebih kepada sisi lain dari apa yang dilakukan line up- line up bersama band2 mereka yang lebih menjurus kepada Death Metal. The Minerva Conduct juga mungkin bakal menjadi rujukan satu hari nanti dimana album ini lebih menjurus kepada "isi" dalam music yang dihasilkan. Experiment dalam genre Progressive Metal mereka ternyata menjadi. Permainan mencabar, tempo yang tepat walaupun dalam odd signature dan berteknikal tinggi.


Sesuatu yang menarik berkenaan Self-titled album ini adalah ianya termaktub dalam konsep yang sama untuk setiap track terkandung. Periphery (mungkin), Sikth, Tesseract mungkin antara pengaruh utama The Minerva Conduct. Kepada penggemar 3 band dinyatakan tersebut adalah tidak salah untuk mencuba music ciptaan the Minerva Conduct.

Dari segi sound produksi, tidak perlu disangkal. Ianya berstatus antarabangsa (bukan nak bodek tapi boleh dengar sendiri). Untuk memilih siapa antara line up yang lebih menonjol mungkin tidak adil kerana jelas kesemua line up punya kelebihan masing2 berpandukan kepada 8 track didalam full length ini. Juga boleh lihat video live mereka sebelum penghujung review.

The Minerva Conduct - Self-Titled (2017) dikeluarkan dalam bentuk fizikal dan digital. Untuk format fizikal ianya boleh diperolehi dalam format 4 panel digipak CD bersama 8 pages booklet dalam kuantiti limited 250 copies sahaja. Juga terdapat 30 copies limited boxset jika anda mahukan sesuatu yang rare berada dalam simpanan anda. Urusan pembelian boleh ke laman bandcamp mereka. (KLIK SINI)

The Minerva Conduct at the Rolling Stone Metal Awards 2015

The Minerva Conduct - End Creation (Live at RSMA 2015)

The Minerva Conduct
Email
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook

0 feedbacks: