War Master - Pyramid Of The Necropolis (2011)

Gua sekadar mengetahui kewujudan band ini setelah berlaku sedikit salah faham adakah mereka band yang telah meriliskan sebuah split 7' bersama Humiliation. Ternyata ia nya berlainan kerana band tersebut ialah Warmaster (cuma beza ada dan tiada space diantara War dan Master). Bermula dari detik itu gua cuba google berkenaan band ini. Berasal dari Texas, USA, War Master merupakan band yang ditubuhkan pada 2009, membawa konsep Death Metal yang agak Old School. Telah mengeluarkan 2 buah demo beserta sebuah EP pada 2010, mereka tampil dengan sebuah album penuh pada penghujung 2011 bertajuk Pyramid Of The Necropolis. Perkembangan terkini selepas full length ini, War Master telah menghasilkan satu lagi EP, 2 buah split dan sebuah compilation album. Ok, ayuh berbalik kepada Pyramid Of The Necropolis (2011).

Daniel Shaw (Vocal), Ben Gott (1st Guitars), Neal Dossey (Rhythm Guitar), Tom Roberts (Bass), Stephen Bower (Drums).
* Line up terkini, Daniel Shaw telah digantikan oleh Rahi Geramifar dan Stephen Bower digantikan oleh Jon West.

 Artwork oleh Daniel Shaw (vocalist asal yang terlibat untuk album ini)

Tracklist :

1 - Mass Cremation
2 - Into The Absymal Fire
3 - Cult Of Greed
4 - Ritualistic Carnage
5 - Pyramid Of The Necropolis
6 - Circuit Death
7 - Sadistic Force
8 - Monolith

Pyramid Of The Necropolis melalui proses rakaman dan mixing di Origin Sound Studios, Spring, Texas sekitar Mac 2011 oleh Craig Douglas. Manakala proses mastering dilakukan oleh Dan Randal di Mammoth Sound. Pyramid Of The Necropolis telah dikeluarkan oleh sebuah label bernama Total Garden Pictures Company.

Sesuatu yang menarik diperkatakan berkenaan band ini ialah War Master adalah merupakan line up yang terlibat untuk 2 buah band besar iaitu Insect Warfare dan Türbokrieg. Jika diteliti sound production untuk album ini lebih mengingatkan kepada sound Bolt Thrower diera In Battle There Is No Law (1988). Walaupun wujud pada 2009 namun mereka tidak terpengaruh dengan sound production terkini yang kedengaran lebih digital. Gua tidak pasti adakah War Master menggunakan kaedah rakaman analog atau tidak tetapi sound yang dikeluarkan benar2 menggamit sejarah bagaimana band2 terdahulu menghasilkan sound dari stand alone gadjet (bukan multiefect.. hehe..)

Gua tak pasti dimana untuk mendapatkan CD ini adakah mudah diperolehi di kedai2 music tempatan. Gua mendapatkan CD ini dari sebuah label indiependent tempatan dan jika anda ingin memilikinya boleh berurusan dengan klik disini untuk urusan pembelian.

War Master - Pyramid Of The Necropolis (2011)

Facebook

0 feedbacks: