Somnium Nox - Terra Inanis (2017)

Somnium Nox adalah sebuah band yang genre Atmospheric Black Metal. band yang berasal dari Australia ini ditubuhkan pada 2016 dan menghasilkan sebuah single pada July 2016 bertajuk Apocrypha yang mengandungi sebuah track berdurasi 16 minit 12 saat. Hampir setahun selepas single tersebut dihasilkan, Somnium Nox menghasilkan sebuah album penuh bertajuk Terra Inanis (2017) dibawah label Transcending Obscurity Records (India). Terra Inanis dikeluarkan secara rasmi nya pada 15 May 2017.

J.A.H (Guitars), Nocturnal (Bass, Didgeridoo, Guitars), Ashahalasin (Vocals), Olkoth (Keyboards), Forge (Drums)

Artwork oleh Beth Taylor 
Layout design oleh Ashahalasin

Tracklist :

1 - Soliloquy of Lament
2 - The Alnwick Apotheosis
3 - Transcendental Dysphoria

Terra Inanis (2017) melalui proses penerbitan, engineering dan mixing di White Tomb Studios oleh pemain bass Somnium Nox sendiri iaitu Nocturnal. Penambahan vocal untuk track ketiga dilakukan oleh John Lodding di Studio DK. Proses mastering dilakukan oleh Colin Marston.

Album dengan total durasi menghampiri setengah jam ini merangkumi 3 buah track berdurasi panjang antara 9 sehingga 10 minit lebih. Ia boleh dikatakan sebuah albu  yang solid, penuh dengan kepelbagaian idea malah turut disertakan penggunaan instrument native Australia iaitu didigerido walaupun didalam frasa music Black Metal.

Dengan permulaan yang menggunakan plucking akustic gitar sebagai introduksi awal sebelum keseraman dan rasa depressive disemai bersama paluan drum dan gitar berdistortion. Jika dilihat pada komposisi setiap track, ianya mengandungi flow yang menarik antara kelajuan, mood perlahan dan adakala sedikit santai untuk jangkamasa yang panjang.

Dari segi penyampaian music, untuk setiap kali irama berdistortion dimainkan ianya jelas memberi rasa ngeri terutama melalui cara nyanyian Ashahalasin yang jelas berjaya membawa mood yang suram dan ngeri. Kredit juga kepada pemain drum iaitu Forge yang nyata punya tenaga extra untuk membedil, menghentak pedal untuk kelajuan yang tinggi. Ganas, kental dan bersih gaya permainan beliau. untuk tone gitar, gua andaikan ianya adalah bersesuaian untuk genre sebegini dimana ianya memerlukan tone yang bersih untuk memperjelaskan melodi yang dihasilkan melalui setiap riff.

Hasil yang bagus dari segi rakaman dan sound produksi akhir Terra Inanis. ianya boleh dikira antara produk Atmospheric Black Metal yang patut dibanggakan dan berada dalam radar "perlu diberi perhatian" untuk band2 genre sebegini.

Terra Inanis boleh diperolehi dengan berhubung dengan Transcending Obscurity Records melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah. Atau boleh purchase secara online di SINI. Hadam music Somnium Nox melalui audio video youtube dibawah dan kenali juga mereka melalui link2 dibawah.


Somnium Nox
Email
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

0 feedbacks: