Eccentric Pendulum - Tellurian Concepts (EP2017)

Eccentric Pendulum adalah antara nama besar dari India yang memperjuangkan genre Technical / Progressive Metal. Bermastautin di Bangalore, Karnataka, Eccentric Pendulum secara introduksi nya telah wujud sekitar 2008. Menghasilkan sebuah EP, sebuah full length, sebuah single dan terkini bersama Transcending Obscurity Records (India), mereka tampil dengan sebuah lagi EP terbaru berjudul Tellurian Concepts yang telah berada di pasaran pada 22 October 2017 yang lalu.

Eccentric Pendulum
Vibhas (Drums), Ankit (Guitars/production), Kaushal (Vocals), Arjun (Guitars), Arun (Bass)

Guest Musicians Featuring : 
Micheal Manring (Fretless bass), Tony Das (Guitars), Bruce Lamont (Saxophone), Sandesh Nagaraj (Samples)

Artwork oleh Julius Horsthuis
Grafik oleh Arjun Mulky dan Arun N

Tracklist :

Tellurian Concept 1 - Nil 
Tellurian Concept 2 - Accelerated Extinction 
Tellurian Concept 3 - Contrivance

Rakaman untuk Tellurian Concepts (EP2017) melalui proses adunan oleh Ankit Suryakanth. manakala proses mastering dilakukan oleh Colin Marston di The Thousand Caves.


Untuk menghadam Ep berkonsep ini, terdahulu gua terpaksa mentelaah previous released yang terhasil untuk mengenalpasti progress band ini dari dahulu sehingga kelahiran EP terbaru ini. Beberapa perubahan line up sepanjang penubuhan menyaksikan Vibhas (Drums) dan Arun (Bass) sebagai line up asal sejak 2008 yang kekal sehingga kini. Kemasukkan dua gitarist sekitar 2010 sehingga 2011 jelas menampakkan kesungguhan dan cara komposisi lagu yang semakin mencabar. Juga kemasukkan vocalist Kaushal (juga bersama band Grindcore dari India iaitu Gutslit) nampaknya tidak menjejaskan tahap kesempurnaan yang ditinggalkan vocalist terdahulu iaitu Nikhil Vastarey pada 2014.

Jika dilihat, Eccentric Pendulum lebih menjurus kepada Progressive Technical Death Metal. Tidak hairan jika mereka dipilih sebagai antara band untuk berkongsi pentas bersama nama2 besar seperti Meshuggah, Gorod, Textures, Opeth dan lain2 kerana tahap permainan music mereka bukan calang2.

Tellurian Concepts (EP2017) perlu dinyatakan adalah produk berkonsep yang menceritakan setiap babak melalui track2 terkandung. Ianya lebih kepada penceritaan manusia yang melalui proses tidak mempedulikan akan kehancuran dunia.

Dari segi sound produksi, rasanya ini salah satu produk bersifat "mathematic" yang perlu diberi perhatian oleh peminat dan pentaksub genre memeningkan kepala. Tidak perlu disangkal berkenaan sound akhir EP ini. Superb!



Difahamkan melalui laman sesawang facebook mereka, Eccentric Pendulum sudah bersedia untuk penghasilan full length kedua yang dijadualkan akan dikeluarkan pada 2018. ini satu produk yang boleh membuatkan pentaksub irama technical excited untuk mendengar hasil terbaru mereka selepas ini.

Kenali Eccentric Pendulum melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah dan untuk sebarang urusan pembelian, boleh klik SINI.

Eccentric Pendulum

Transcending Obscurity Records (India)

0 feedbacks: