Frugal - Howling Werehuman (2018)

Asalnya gua hanya terbaca komen seorang rakan berkenaan band ini. Gua cuba cari info pasal band ini dan preview 1 lagu yang di muat naik melalui youtube.. Wow!!! Segar!!! Lantas gua gugel dan terjumpa di spotify.. Alamak benar seperti apa yang kawan gua komen.. ia nya menarik!! Ok, sebagai pengenalan Frugal adalah band yang dianggotai oleh 4 anak muda dari Johor Bahru. Dinyatakan dilaman facebook, Frugal ditubuhkan sekitar 2016. Melabel music bawaan mereka sebagai Alternative Rock, beberapa track berstatus demo dihasilkan sebagai preview awal sekitar 2016 sehingga 2017 dan secara tiba2 mereka muncul dengan sebuah album penuh bertajuk Howling Werehuman yang kemungkinan besar release secara digital pada penghujung 2017 manakala secara rasmi nya ianya release pada 19 January 2018 dan boleh diperolehi dalam format digital dan fizikal copies. Gua andaikan ini adalah produk yang dihasilkan secara DIY dan ianya release dibawah label mereka sendiri iaitu Frugal Records.

Mohd Nur Yusuf (Drums), Firdaus Kamal (Vocal/Guitars), Hairudin Asmuni (Bass/Vocals), Kay (Guitars)

Art director : Huzaifah Mahmud & MK Artwork

Tracklist :

1 - Never Gonna Shake Me
2 - Paradise
3 - Help Me
4 - Gone
5 - Insane
6 - Rising Out
7 - One Nation
8 - Be Yourself
9 - Run

Howling Werehuman melalui proses rakaman di Source of Sound. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Carlos di Hardsound Studio kecuali track kedua iaitu Paradise yang diselenggara oleh Ucop di HWC Studio. Firdaus Kamal dan Hairudin Asmuni bertindak sebagai penerbit album ini.


Sepanjang mendengar Howling Werehuman gua dapati genre sebegini boleh dikira "rare" untuk zaman ini. Sukar juga nak cari band beraliran begini hari ini. Setelah 2 minggu album ini menjadi playlist harian, gua dapati music bawaan Frugal bukan Alternative Rock tipikal. Terdapat pelbagai elemen seperti Grunge, Metal, Blues, Rock dan setiap line up juga ternyata memberi impak terbaek dalam penulisan lagu dan melodi. Malah lontaran suara dari vocalist juga punya tone yang bagus dan pengawalan vocal yang kena dengan melodi setiap lagu.

Dari segi sound produksi, ianya tersifat profesional. So tiada sebarang komen negatif untuk mutu bunyi akhir produk genre sebegini.

Jika ada yang bertanyakan sound dan music Frugal seperti band apa memang agak sukar untuk dijawap. Ia nya kadangkala berat, rancak, perlahan dan banyak olahan namun kesemua track masih berada dalam konsep dan trademark music Frugal itu sendiri. Kadangkala rasa macam dengar lagu Hey Man Nice Shot dari band Filter.. haha

Ok, Howling Werehuman (2018) didatangkan dalam format jewel case CD dan boleh dibeli secara online dengan harga RM30 termasuk postage. Layari website rasmi mereka melalui link yang kami sediakan dibawah. Ya support mereka, ini antara produk "berani mati" untuk genre sebegini untuk tahun ini. Go!!!

Email
Official Website
Facebook

0 feedbacks: