Protest - Moral Injustice (EP2017)

Protest bukan 1 nama baru dalam dunia Punk/Crust amnya di Asia tenggara. Band yang berasal dari Singapore ini telah wujud sejak 90an dan secara mukadimahnya telah menghasilkan 2 buah demo tape iaitu Take Back Your Life dan The Biggest Proof Of Human Greed Is War. Disamping itu Protest juga pernah terlibat dalam sebuah 3 ways split bertajuk Remember Those Noises bersama Desecrate dan Hatred Jackals. Agak lama menghilang kini Protest kembali bersama material terbaru dan yang paling menarik, mereka juga kembali menghangatkan pentas2 gig. Moral Injustice asalnya dikeluarkan dalam format double-tape (beserta demo The Biggest Proof Of Human Greed Is War) oleh Broken Noise Records dan Azadghei Records. Tidak lama selepas double tape ini dijual, kedua2 label mengeluarkan pula dalam format CD dalam kuantiti limited iaitu 100 copies sahaja.

Zach (Guitars), Lanz (Vocals), El Capone (Bass), Radi Bear (Guitars), Zul (Drums)

Protest - Moral Injustice (double tape & CD)

Tracklist :

1 - We Can't Be Silent
2 - Pink Carnation
3 - One
4 - Media
5 - For Your Profit

Moral Injustice (EP2017) melalui proses rakaman di TNT Studio, Singapore sekitar October sehingga November 2017.


Apa yang mengejutkan apabila pertama kali mendengar material ini dari format tape ialah music Protest masih lagi kejam, laju, bingit sama seperti zaman demo dahulu. Walaupun melalui zaman "bertapa" yang agak lama namun adalah berbaloi Moral Injustice dikeluarkan untuk menjahanamkan gegendang telinga dengan volume yang total fullblast! hahaha..

Moral Injustice pada gua boleh dihadam oleh pendengar yang lebih luas. Music mereka bukan terikat kepada Dbeat sahaja. Ianya melangkau kepada emosional Hardcore dan Metal. Paduan twin pedal juga kerap kali kedengaran.

Dari segi kualiti bunyi, ini adalah rakaman paling "berhemah" dan paling "mahal" dari Protest. Sesungguhnya TNT adalah antara studio paling lama bertahan di Singapore. Walaupun lebih menuju kearah Crusty, namun produk ini jelas menampakkan kematangan dan profesionaliti pada mutu bunyi akhir yang bakal dimuatkan didalam tape dan CD.

Combo double tape diberitakan sudah tiada dari kedua2 label dan anda kena lebih rajin mencari label2 lain yang ada distro combo set ini. Harga combo set (double tape) ini RM25 tidak termasuk kos postage. Untuk format CD berharga RM15 tidak termasuk kos pos. Gua tak pasti masih ada lagi atau tidak, sila bertanya kepada kedua2 label jika anda tidak mahu kempunan kendian hari.

Protest
Email 1
Email 2
Facebook

Broken Noise Records
Email
Facebook
Bandcamp

Azadghei Records
Email
Facebook

0 feedbacks: