Kathgor - Invocation (Demo 2018)

Kathgor, satu nama yang cukup underated dalam scene music gelap tempatan. Telah menghasilkan 2 buah demo Descendants from the Depth (2009) & The Lord of Infernal Blasphemy (2011). Walau agak lama tanpa release rasmi, Kathgor masih bermain gig di pentas2 kecil selain turut memeriahkan pentas gig luarnegara seperti di Thailand malah pernah meranapkan stage di Bangladesh. Terkini dibawah label Necrolatry Records, sebuah demo bertajuk Invocation mengandungi 2 buah tracks yang masih berpegang teguh dengan konsep Death Metal yang cukup agresif lahir untuk memberitahu bahawa Kathgor masih wujud. Kathgor dianggotai oleh Tartarus (Vocals), Cryptor (Guitar/Bass), Nightcrawler (Guitar/Bass) & Deathcult (Drums).


Logo artwork oleh Fizan (Vault)
Layout & rekabentuk inlay oleh Faizal (Hellghast)

Tracklist :

1 - Realm of Darkness
2 - Serpent of Death

Invocation (Demo 2018) adalah rakaman yang dilakukan sekitar February sehingga April 2014 namun tidak dinyatakan studio yang menyaksikan material dirakam. Kesemua lagu dihasilkan oleh Kathgor manakala Tartarus selaku vocalist terlibat sepenuhnya dalam penulisan lirik.


Realm of Darkness dan Serpent of Death jika diteliti kedengaran lebih agresif dari dua demo terdahulu. Riffing yang lebih menyeksakan dan drum yang masih ganas seperti dua demo awal. Old skool, ganas, tiada yang selain Death Metal melainkan Death Metal belaka.

Dari segi sound produksi, demo ini boleh diangkat sebagai demo terbaek untuk hasil bunyi akhir. Jika ditambah 2 lagu lagi tiada halangan untuk diangkat status sebagai EP.

Band yang agak obscured ini diharap dapat terus aktif dan dua track demo ini adalah hasil rakaman 4 tahun dahulu dan gua berharap Kathgor sudah punya material untuk rakaman seterusnya, EP barangkali.

Invocation (Demo 2018) masih mengekalkan format tape/kaset sama seperti dua demo terdahulu. Tiada format CD atau vinyl setakat ini kecuali sebuah track yang dimuatnaik melalui laman bandcamp untuk streaming. Hubungi Necrolatry Records untuk urusan pembelian melalui email dan laman sesawang yang kami sertakan dibawah.

Kathgor
Email

Necrolatry Records
Email
Facebook
Bandcamp

0 feedbacks: