Rituael - Revelation : 6.17 (2018)

Rituael adalah antara nama yang sedang mengganas dalam kancah irama Black Metal tempatan. Namun perlu dinyatakan Rituael adalah band yang bermastautin di Singapore. Agak bersifat obscured, Rituael terdahulu telah menghasilkan sebuah demo bertajuk Black Possession pada 2006 dimana ianya hanya dikeluarkan untuk kuantiti terhad iaitu 300 unit oleh sebuah label dari USA iaitu Goathammer Records untuk pasaran luar. Demotape ini kemudian di reissue oleh Goatlordth Records (Malaysia) dalam format split tape bersama Companions of Hellfire (Singapore). Split tape ini diberi tajuk Inferno of Blackened Eulogies (2017). Terkini juga dibawah label yang sama bersama Hutan Mati Records, Rituael muncul dengan demo tape terbaru berjudul Revelation: 6.17 yang mula dipasarkan pada 3/3/2018.

Destruction Invoker of Doom (Guitars), Death Deliverance of Prophecies (Vocals), Plague Bearer of Apocalypse (Drums), Famine-Bringer of Storms (Bass)


Tracklist :

1 - Inauguration of Prophecy (Intro)
2 - Revelation: 6.17
3 - Sons of Perdition
4 - Cataclysm of Atonement
5 - One Eye Dominate
6 - The Fulfillment of Prophecy (Outro)

Revelation : 6.17 (2018) melalui proses rakaman di The End Recording Studio pada 10 February 2018. Bob dari The End Recording Studio bertindak sebagai sound engineer dan turut bertanggungjawap dalam proses mastering.


Persepsi pertama apabila mendengar Revelation: 6.17 (setelah mendengar split tape terdahulu), gua berpendapat Rituael adalah antara kuasa baru yang muncul dalam menggelapkan lagi kesuraman genre ini. 4 buah track bervocal beserta intro dan outro jelas menunjukkan Rituael berada dalam konsepnya tersendiri. Antara jauh atau tidak dengan tahap tipikal Black Metal tempatan, gua merasakan music Rituael adalah beremosi seakan Mayhem (kadang kala), punya mood dan flow laju dan perlahan. Kesimpulan yang boleh gua katakan Rituael punya idea dalam komposisi yang tidak terlalu melodic, tidak terlalu "hutan", juga seakan anti modern dan paling nyata ianya berunsur gelap.

Dari segi sound produksi, Revelation: 6.17 boleh di klasifikasikan sebagai satu produk yang bagus. Walaupun berada dalam gugusan Black Metal, material yang dirakam kedengaran jelas dan tidak terikat dengan terma "raw". Ini adalah tindakan berani yang patut dipuji kerana Rituael tidak takut akan kesilapan permainan setiap instrument yang dimainkan.

Revelation: 6.17 released dalam format limited 100 copies tape/kaset sahaja dengan harga RM15 by hand. Sila hubungi Goatlordth Records dan Hutan Mati Records untuk urusan pembelian melalui email dan link2 yang kami sediakan dibawah.

Rituael
Email
Facebook
Bandcamp

Goatlordth Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Hutan Mati
Email
Facebook

0 feedbacks: