I Want Out (Helloween) - Virtual Collaboration

Rasanya ini adalah kolabrasi pertama secara profesional yang dilakukan oleh beberapa pemuzik tanahair yang mana mereka bukanlah mendapat publisiti radio, tv mahupun mediamassa dan arus perdana. Rata-rata mereka adalah pemuzik bawahtanah dan Studio Koman yang sebelum ini menerbitkan special video Tribute to Biohazard dengan lagu Punishment, sekali lagi memecah tradisi dengan sebuah projek "Virtual Collabration". Kali ini sebuah lagu yang agak klasik dari persada music Power Metal iaitu I Want Out dari Helloween dihasilkan. Mungkin bersempena kedatangan Helloween untuk tour Pumpkin United World Tour 2018 yang akan berlangsung di MAEPS Serdang pada 28 April 2018.

I Want Out (Helloween) - Virtual Collaboration

Mole Muliadi (Vocal)
Fariz Azmi (Drums)
Kak Cah (Guitar)
Feisal Kassim (Guitar)
Max Sayuthi (Bass)

Track vocal di rakam di Brutal Music Lab oleh Auks de Nekrademus manakala kesemua instruments lain dirakam secara berasingan oleh setiap line up di home studio mereka sendiri. Proses guitar re-amping, mix dan mastering di lakukan oleh Studio Koman.

0 feedbacks: