Reconstruct - Horror of Extermination (EP2002)

Reconstruct adalah sebuah band beraliran berat yang pernah berada dibawah naungan label DIY tersohor satu ketika dahulu iaitu Broken Noise Records. Horror of Extermination (2002) adalah material rasmi kedua selepas sebuah split album bersama Atret (Indonesia) lahir pada 2001 (juga dibawah label Broken Noise Records). Reconstruct dianggotai oleh Fahmie (Guitars), Azizul (Bass), Teong (Drums) & Famy (Vocals).


Tracklist :

1 - Cage of Murder
2 - Beware
3 - The Last Decision
4 - A New Civilization Dies
5 - Horror of Extermination
6 - Declaration of Human Right (Detonation Cover)

Horror of Extermination (EP2002) melalui proses rakaman di Batu Giling Studio, Johor Bahru sekitar Oktober/November 2001. Shanazron, Ain dan Reconstruct terlibat dalam proses rakaman and mixing.

Sepanjang mendengar kaset/tape ini, gua boleh katakan Reconstruct adalah band yang tergolong dalam kalangan genre Crustcore dan sudah mula sedikit menjurus kearah Grindcore. Music mereka rancak, pantas dan kemampuan vocalist menggabungkan low dan high vocal menjadikan ia satu yang menarik sepanjang EP ini dimainkan. Riffing yang majoriti nya kedengaran membawa mood penuh tekanan dan attack drum disahut ngauman vocal bertubi2 memang boleh bikin goyang kepala!


Dari segi sound produksi, ianya cukup untuk tahap keseimbangan yang baik untuk mendengar setiap instruments yang dimainkan. Walaupun ini produk yang tidak terlalu meletup sound akhirnya seperti material2 kini, namun ianya sudah cukup untuk meletakkan serta membuktikan Reconstruct adalah antara band yang berani menghasilkan sesuatu untuk scene music berat selatan tanahair.


Difahamkan beberapa tahun lepas Reconstruct ada kembali dalam 1 pesta punk di Rumah Api (ketika beroperasi di Ampang - kini Pandan Indah) dan adakah mereka bakal kembali serius, jawapannya terletak pada Reconstruct sendiri. Hahaha..

* Gua xmau letak email sebab nampak macam emailnya dah expired..

0 feedbacks: