Farasu - Sulalatus Salatin (2018)

Farasu adalah antara band yang boleh dikira sebagai band yang aktif menghangatkan pentas2 gig serata Malaysia malah turut punya pengalaman menghangatkan pentas2 luar negara seperti Indonesia dan Taiwan. Band yang melabelkan music mereka sebagai Nusantara Metal ini secara mukadimahnya telah wujud sekitar 2002 dan telah menghasilkan sebuah demo, dua buah EP dan dua buah album penuh. Terkini Farasu tampil dengan sebuah album terbaru berjjudul Sulalatus Salatin dimana ianya dikeluarkan sendiri oleh mereka dibawah label Farasu Movement.

Shah Z (Vocals), Apai (Bass), Nahax (Guitars), Ordil Jay Sven (Guitars), Mus Fidaiyyin (Drums)

Farasu - Sulalatus Salatin (2018)

Tracklist :

1 - Muqaddimah Sulalatus Salatin
2 - Rentaka's Blast
3 - Enthroned, The Jinn
4 - Eastern Symphonic
5 - Rise Ov Semberanica
6 - Eternal Eingriff
7 - Meniti titian Usang (Cover Version)
8 - Lagenda Lancang Berdarah

Sulalatus Salatin (2018) melalui proses rakaman di Retrax Studio, Putra Walk Seri Kembangan Selangor sekitar September sehingga December 2017. Azumbi bertanggungjawap dalam proses engineering rakaman dan beliau turut terlibat dalam proses mixing manakala proses mastering dilakukan oleh D'Atok Akeem di Otai Art Studio.

Track pertama Muqaddimah Sulalatus Salatin lebih kepada introduksi pengenalan kepada album ini. ianya lebih kepada dialog seakan penceritaan. Rentaka's Blast adalah track berdistortion pertama dan ianya kedengaran agak groovy dan punya kepelbagaian idea dari segi riffing dan strok drum. Track yang sesuai untuk menjadi pembuka selera untuk menghadam track2 seterusnya. Enthroned, The Jinn track kedua berdistort yang gua rasa adalah yang paling sesuai dan kena cara pembawaan dan gaya vocal dengan susunan komposisi track ini. masih punya groove yang bagus. Instrumental berjudul Eastern Symphonic jelas menampilkan penggunaan alatan music tradisional yang lebih organik. Nusantara yang paling tepat. Dinyatakan track ini dimainkan oleh Dewangga Sakti. Sebuah band yang menggunakan alatan2 music tradisional dan akustik. Rise Ov Semberanica masih memberi mood seperti Rentaka's Blast dan Enthroned, The Jinn. Ini merupakan track yang menggunakan bahasa inggeris untuk lirik, begitu juga dengan track selepas itu iaitu Eternal Eingriff. Kedua2 track ini walaupon menggunakan bahasa perantara asing, namun masih mengekalkan penceritaan berkenaan hal-hal ketimuran (untuk track Rise Ov Semberonica amnya) manakala Eternal Eingriff lebih kepada semangat dan jiwa Heavy metal dari timur. Sebuah cover song dari Search iaitu Meniti Titian Usang telah dipilih untuk diselitkan didalam album ini. Ini adalah satu cabaran yang agak berat pada pandangan gua memandangkan ada part slow dan heavy berselang seli sepanjang track. Pembawaan vocal untuk track ini sedikit bakal memberi pelbagai persepsi (pada pandangan gua) manakala music yang dimainkan tiada cacat cela, dibawa dengan baik walaupun tidak terlalu menampakkan trademark music Farasu didalamnya. 



Lagenda Lancang Berdarah kembali dengan penggunaan lirik berbahasa Melayu. Intro dengan permainan instruments tradisional yang menjangkau sehingga minit ke 3 sebelum music berdistortion menyerang. Merupakan track berdurasi paling panjang untuk album ini yang mencecah 11 minit.

Komen sepanjang menghadam Sulalatus Salatin, ianya nampak seakan album yang dilakukan bersungguh2 oleh Farasu selepas Against Tyranny (2015). Rata2 track bersifat melodic pada riffing dan disuntik dengan groove2 yang boleh mengajak pendengar atau penonton headbanging untuk persembahan pentas. Dari segi sound produksi, sepanjang penelitian gua, adakala gua terasa seperti track guitar sedikit kehadapan dari drum yang sedikit tenggelam. Kemungkinan Farasu ingin menonjolkan riffing2 namun jika dinaikkan sedikit level drum, gua beranggapan keistimewaan permainan drum akan lebih "nampak" dengan jelas. Tone kedua2 guitar kedengaran tidak terlalu bright, lebih bass dan kedengaran mendap, lembap dan berat. Beberapa part yang terdapat petikan keyboard juga menghidupkan suasana track yang dimainkan dan boleh juga kiranya gua mengatakan sentuhan keyboard dalam album ini memberi "lebih" nyawa dalam beberapa track didalam album ini. Sulalatus Salatin (2018) boleh dikatakan antara album yang bagus dari segi penulisan/composition. Juga pujian untuk pakej profesional digipak CD ini.

Sulalatus Salatin (2018) boleh dikeluarkan dalam format digipak CD dan boleh diperolehi dengan harga RM25 by hand bersama free poster. Sila berhubung dengan Farasu untuk urusan pembelian melalui link2 yang kami sediakan dibawah.


Email
Facebook (Farasu)
Facebook (Press Contact & Booking Agent)
Instagram
Twitter
Reverbnation
Youtube

0 feedbacks: