Upon Arrival - The Nameless (2018)

The Nameless (2018) merupakan antara hasil karya yang gua tunggu sejak mengetahui kerja-kerja rakaman oleh Upon Arrival giat dijalankan tahun sudah. Berbekalkan 2 buah CD yang gua perolehi iaitu Your Nonstop Flight to Hell (EP 2008) dan Reign of Chaos (EP2010), progres yang boleh dilihat dari penciptaan material mereka ternyata meningkat. Walaupun melabel music mereka sebagai Deathcore, gua dapati apa yang dihasilkan adalah lebih dari Deathcore dimana adakala nya ianya agak teknikal dan ianya tidak kosong malah kadangkala seakan mencabar kemampuan manusia untuk menghasilkan dan memainkan apa yang cuba mereka hasilkan. Sebagai mukadimah pengenalan, Upon Arival adalah band yang berpengkalan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dan telah wujud sekitar 2007.

Azizi (Vocals), Odie (Bass), Afiq (Drums), Apex (Guitars), Alel (Guitars)

Artwork dan illustrasi oleh Odie

Tracklist :

1 - Obliteration
2 - Rising Sons
3 - Enigma
4 - Built to Last
5 - Venator
6 - Establishment of the Unknown
7 - Chasm
8 - When Both Worlds Collide
9 - Curse to Damnation
10 - El Sol Brilla Para Todos (We are All Equal in the Eyes of the Lord)

The Nameless (2018) melalui proses rakaman di Studio 21:05 Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. JD Wong, Alel, Afiq & Apex terlibat dalam hal ehwal engineering rakaman. JD Wong sekali lagi bertanggungjawap daalm proses mixing di Studio 21:05 dan proses mastering dilakukan oleh Tom Walts di Walts Mastering Studios, Boston MA.


Awal 2017, menyaksikan Upon Arrival terlebih dahulu menyajikan pendengar dengan material terbaru mereka iaitu Built To Last yang dimuat naik melalui laman youtube. Sebuah track yang agak teknikal permainan dan susunan yang lebih kompleks. Melalui track ini, ianya menampakkan peningkatan paling ketara jika dibandingkan dengan hasil didalam Reign of Chaos (EP2018). Built To Last adalah track ke 4 didalam album ini. * Track ini asalnya telah diupload dilaman bandcamp Upon Arrival pada August 2016.


March 2017 selepas sebulan Bulit To Last diberi preview awal, giliran sebuah track yang lebih gila iaitu El Sol Brilla Para Todos menemui pendengar melaluis sebuah video lirik. Track ini diletakkan sebagai track penutup untuk album ini. * Track ini asalnya adalah track ke-4 yang diambil dari Your Nonstop Flight to Hell (EP 2008).

10 buah tracks mengerjakan gegendang telinga untuk berkali. hahahaha.. Pertama sekali gua akan katakan Upon Arrival adalah band yang punya konsep untuk nama atau brand Upon Arrival itu sendiri walaupun ianya bukanlah bersifat original kerana banyak band (walaupun local band x banyak yang main style ni) diluar sana yang telah memainkan style2 sebegini. Namun apa yang perlu di highlight adalah kemampuan setiap line up memainkan music yang bukan sekadar melepas batuk ditangga. Mereka tahu apa yang perlu ada dan apa yang tidak diperlukan untuk music Upon Arrival. Jika diteliti, permainan Upon Arrival bukan lah kosong malah kadangkala seakan mencari penyakit dan menyeksa diri namun dalam bermusic itulah cabaran yang mampu membuatkan pengkarya tersenyum dan berpuas hati dengan kemampuan yang telah berjaya dihasilkan.

The Nameless (2018) jika diperhalusi, boleh dikatakan antara hasil 2018 terbaik untuk suku kedua 2018. Pengalaman melebihi 10 tahun dalam bermain music (walaupun amatur) harus dipuji dengan penghasilan lagu2 yang merbahaya. Setiap track disertakan dengan solo-solo gitar yang kemas. Strok drum yang pelbagai dan kemampuan vocalist membawa gaya scream dan growl yang bagus. Untuk bass, gua dapat menangkap beberapa part yang kedengaran "timbul" permainannya yang mencuba untuk sedikit lari dari asas rhythm sesebuah track.

Dari segi sound produksi, rasanya tiada apa yang perlu di pertikaikan kerana keseimbangan sepanjang album cukup baik ditambah dengan proses mastering yang dilakukan dengan cukup baek oleh tenaga kerja luar negara yang ternyata tahap profesionality mereka.

Jika ditanya bagaimana atau perbandingan music Upon Arrival, mungkin gua boleh katakan ianya berada di antara The Black Dahlia Murder (gua rasa pengaruh paling kuat), All Shall Perish, Unearth dan kepada pendengar old skool mungkin boleh gua katakan ianya At The Gates versi laju tetapi tidak berada dalam Gothenburg sound. Pada gua Upon Arrival terdiri dari line up yang bukan calang2 dan berkemampuan dalam memainkan instruments dalam skal teknikal tinggi. Errr.. tiba2 gua teringat sebuah band dari Sarawak bernama Cousin of Death.. kemana mereka ya?

Feberet track : When Both Worlds Collide, Curse to Damnation, Venator, Establishment of the Unknown.

The Nameless (2018) boleh diperolehi dengan harga RM25 by hand atau RM30 by postage. Sila hubungi Upon Arrival melalui link2 yang disediakan untuk sebarang urusan pembelian. Support Upon Arrival dan jangan matikan bakat2 hebat tanahair.

Email
Facebook
Twitter
Instagram
Bandcamp

0 feedbacks: