VA - Oh Glorious Death, Shine Into Monumen of Darkness (2018)

Oh Glorious Death, Shine Into Monumen of Darkness (2018) adalah sebuah split 5 ways CD yang dikeluarkan secara terhad oleh sebuah label bawah tanah negara iaitu MTD Productions. Membariskan 5 buah band yang rata2 beraliran Black/Death. Band2 terlibat adalah Impenitent (Selangor), Crucifixion Vomit (Malaysia), Al Azazhil (Pahang/Selangor), Maradasutma (Melaka) dan Devourer of Light (Kedah).


Tracklist :

1 - Impenitent - The Blood of Cult
2 - Crucifixion Vomit - Lost
3 - Al Azazhil - The Dusk
4 - Maradasutma - Satanic Born
5 - Devourer of Light - The Dagger & The Possessor

Difahamkan kesemua track yang dibawa oleh setiap band adalh melalui proses rakaman, mix dan mastering secara berasingan oleh band2 terlibat.

Impetinent (Selangor)
H.FF (Guitar), YN (Bass), Y.NS (Vocals),  FFY (Drums)

Impenitent band dari Selangor ini agak baru dan misteri kerana tidak dapat dikenalpasti kewujudannya. Tiada sebarang infomasi buat ketika ini.


Untuk track bertajuk The Blood of Cult, ianya adalah track yang agak kelam, suram dan gelap, Music Impenitent dilihat banyak menggabungkan kepelbagaian elemen dimana suara latar dimasukkan untuk beberapa part sebagai latar disamping scream vocal yang lebih menjurus kepada Black Metal. Sepanjang track ini dimainkan Impenitent lebih kepada permainan/pembawaan mood dan feel yang gelap dan adakalanya kedengaran seperti mendengar Mgla. Impenitent harus dinantikan release seterusnya dari mereka.

Crucifixion Vomit (Malaysia)
Apit Baphomator (Guitars, Drum programming), Blasphell (Vocals)

Crucifixion Vomit pada asalnya adalah duo yang terdiri dari dua buah negara iaitu dari Kedah, Malaysia dan Arizona USA. Sebagai pengenalan Crucifixion Vomit telah menghasilkan sebuah demo tape self-titled pada 2013 terkandung 4 buah tracks dan released dibawah label Black Goat Terrorist 666 (Ecuardo) dalam format kaset/tape untuk 333 copies sahaja. Untuk track ini Crucifixion Vomit telah terdiri dari line up dari Malaysia sepenuhnya dengan kemasukkan Blasphell di posisi vocal.


Lost adalah track yang tidak disertakan didalam demo tape yang released sebelum ini. Masih berpegang kepada sound old skool Black/Death Metal yang agak straight forward, Lost adalah track yang agak mendatar dan masih mengekalkan trademark music Crucifixion Vomit jika anda pernah mendengar demo tape mereka. Pengaruh Sarcofago yang kuat jelas kedengaran didalam track ini. Adakah duo ini akan menghasilkan material seterusnya, sama2 kita nantikan formasi irama straight forward Black/Death dari mereka dan ikuti perkembangan mereka melalui laman facebook dan bandcamp mereka dibawah ini.

Facebook
Bandcamp

Al Azazhil (Pahang/Selangor)
Lost (Drums), Syaf (Vocals/Guitars)

Perjalanan yang agak jauh untuk Al-Azazhil dari pertukaran line up, penghasilan konsep music yang mengalami perubahan yang lebih kental dan gelap sehingga hanya melibatkan dua orang line up. Syaf selaku tunjang utama Al-Azazhil kini bersama Lost yang banyak terlibat bersama beberapa band seperti Demonical Crysis Assembly, Atomicdeath dan sebagainya kini dalam rangka penghasilan full length.


Track bertajuk The Dusk ini telah released dan diambil dari Frobidden Kalth (EP2015). Sebuah track yang jika diteliti punya pengaruh Burzum untuk beberapa bahagian. Agak kurang pengaruh melodic seperti apa yang dihasilkan sebelum penglibatan Lost selaku drummer terkini Al-Azazhil. The Dusk jika diteliti dan dibandingkan dengan single "Sadis Fajr" dan EP "Cronos Between the Light" mungkin agak berbeza komposisinya. The Dusk lebih kearah Ambiance Black Metal. Ok, sama2 kita nantikan full length yang akan dihasilkan Al-Azazhil dan ikuti progress mereka melalui laman sesawang facebook mereka yang kami sertakan dibawah ini.

Email
Facebook

Maradasutma (Malacca, Malaysia)

Didatangkan dari Melaka, Maradasutma adalah band yang agak berlainan aliran untuk split CD ini. Mereka lebih kearah Symphonic Black Metal yang dipengaruhi Cradle of Filth, Chthonic, Athelion dan mereka turut menamakan Mistik sebagai antara pengaruh penciptaan material2 mereka. Belum menghasilkan sebarang release rasmi, setakat ini mereka hanya menyertai Hellfire Generation - Generation 1 (Compilation 2010) serta split 5 ways ini. Menerusi laman facebook mereka, nampak seakan mereka bersedia untuk menghasilkan sesuatu untuk 2018 ini.


Satanic is Born adalah track yang turut terkandung didalam kompilasi Hellfire Generation - Generation 1 (2010). Band yang mempertaruhkan elemen gothic melalui sound syth/keyboard sepanjang track ini jelas punya pengaruh Black Metal yang bermelodi. Punya idea pelbagai dalam menghasilkan riffing bermelodi dan juga kekuatan dibahagian vocalist yang mampu membawa teknik growl dan scream dengan baek sekali. Sesuatu yang agak pelik apabila mendengar track bagi genre sebegini ialah ianya hanya berdurasi 2 minit lebih.

Email
Facebook

Devourer of Light (Kedah, Malaysia)
M.L - Everythings

Devourer of Light adalah one men band dari M.L yang terdahulu pernah bersama Nefarious Azarakh, Envenom, Thorns of Hate, Voidnaga & Impious Blood (juga one men band project). Sesuatu yang agak memuaskan pendengaran gua ialah kualiti bunyi akhir dari demo Cosmic Death Illuminate (2017) yang agak menyerlah dan mampu menenggelamkan rakaman2 band sealiran. Juga dengan konsep Black/Death Metal, Devourer of Light dilihat sebagai satu jenama baru music gelap tanahair yang dihasilkan secara one men band.


The Dagger and The Possessor juga merupakan buah tangan yang tidak terkandung didalam demo Cosmic Death Illuminate (2017) dan ianya hanya terdapat didalam split CD ini. Track ini gua klasifikasikan sebagai unreleased dan bonus track yang tidak terlalu diberi perhatian dari segi "clean" seperti apa yang dilakukan didalam demo terdahulu. Kemungkinan proses mastering yang tidak terlalu teliti atau sengaja dilakukan sebegini untuk memberi kelainan dimana ada beberapa bahagian yang agak "boost out" atau "pecah' walaupun keseluruhan track kedengaran jelas dari segi setiap permainan instruments. Track ini berada dalam katogeri Black/Death dan disulami sedikit perisa Doom yang memperlihatkan ianya punya sedikit kelainan. Gua jangkakan selepas ini Devourer of Light bakal menghasilkan material seterusnya.

Email
Facebook
Bandcamp

Oh Glorious Death, Shine Into Monumen of Darkness (Split 5 Ways 2018) ini hanya dikeluarkan dalam format CDR dan boleh dibeli dengan harga RM6 by hand. Gua agak split CD ini lebih kepada usaha promosi MTD Productions keatas band2 terlibat memandangkan sebahagian band telah melahirkan material terbaru, juga cubaan mempromosi Maradasutma dan Impenitent. Ok, split CD ini hanya dikeluarkan untuk 150 copies sahaja. Sila berhubung dengan MTD Productions sekiranya anda masih bernasib baik jika split CD ini belum kehabisan!!!

MTD Productions
Email
Facebook

0 feedbacks: