Sial - Destinasi Terakhir (EP2018)

Sial adalah sebuah projek Depressive/Ambient Black Metal yang dianggotai oleh Nyawa (Vocals) dan Jiwa (Instruments). Lebih kepada studio band, Sial yang ditubuhkan sekitar 2013 telah mengeluarkan beberapa material berbentuk demo, EP, split dan juga sebuah full length bertajuk Lahir, Hidup dan Mati pada 2015. Terkini Sial telah mengeluarkan sebuah material terbaru bertajuk Destinasi Terakhir (EP2018) yang released sekitar April 2018 dibawah MTD Productions (Malaysia) bersama Wolfmond Production (Germany). EP ini turut diedarkan oleh beberapa label lain.


Tracklist :

1 - Badi
2 - Emosi Depressi
3 - Hanyut Bersama Mimpi
4 - Rindu Merintih Pergi
5 - Sendiri Menyendiri
6 - Ucapan Terakhir

Perkara yang wajib diperkatakan melalui EP ini ialah ianya ada kelainan yang sangat ketara jika dibandingkan dengan release2 terdahulu. Walaupun masih mengekalkan tema2 negatif namun music dan konsep untuk ke enam2 track masih menampakkan kelainan ketara. Lebih bermelodi, idea riffing yang sedikit catchy dan keseluruhan memainkan emosi sepanjang EP ini dimainkan.


Dengan durasi menjangkau 22 minit, Destinasi terakhir (EP2018) yang dimulakan dengan Badi tidak memerlukan sebarang sound sample seperti kebiasaan material2 music sebegini. Dengan mood tertekan dan penggunaan minor chord, Badi tidak menunggu lama untuk diperdendangkan. Adakala kedengaran seperti mendengar Filsufatia dengan mood dan flow lagu yang mendatar dan feel yang seakan berputus asa. Emosi Depressi untuk track kedua yang dimulai dengan sound sample bacaan berita berkenaan statistik bunuh diri, lebih sayu dan mampu menambah duka lara. Latar suara yang merintih adakala membayangkan kesedihan roh2 yang masih tergantung antara dunia kehidupan dan kematian. Hanyut Bersama Mimpi benar2 membawa pendengaran hanyut ke alam lain. Gaya bawaan vocal yang separa scream dan merintih disulami music yang menjunam kearah Doom Metal menambah kemurungan yang ada. Metal tidak hanya pada speeding. feel dan tahap keperlahanan juga mampu membawa pendengar kearah sesuatu yang juga gelap dan kelam. Rindu Merintih Pergi lebih kepada penggunaan sound organ lama yang menonjol disulami sebutan2 yang tidak diketahui. Sendiri Menyendiri kembali dengan music berdistortion, sedih, suram dan meleret-leret. Ucapan Terakhir selaku track terakhir dimulakan dengan sample percakapan dalam tangisan yang mungkin diambil dari filem2 barat. Namun apa yang lebih perlu dititikberatkan adalah track terakhir ini kedengaran lebih segar, bersahaja walaupun dalam mood yang suram. Sesuatu yang menarik adalah perubahan progression chord yang menjadi dan ianya kedengaran solid dan cantek. Idea yang bagus dan berjaya dibawa dengan cemerlang.

Dari segi sound produksi, ianya tidak terlalu kedengaran profesional, malah boleh dikatakan ianya banyak mengekalkan sound "organik" dan tidak terlalu digital. Kena dengan konsep Depressive, sound produksi begini bersesuaian dengan tema konsep Sial.

Destinasi Terakhir (EP2018) boleh dibeli dengan harga RM16 by hand dimana ianya hanya dicetak sebanyak 100 unit sahaja. EP ini mungkin memberi sedikit saingan sihat kepada jaguh Depressive sebelum ini iaitu Filsufatia. Destinasi terakhir ada "soul" nya dan punya "feel" yang mampu menambah sengsara kepada mereka yang dalam kemurungan.

Sial
Facebook

MTD Production (Malaysia)
Email
Facebook

Wolfmond Production (Germany)
Email
Official Website
Facebook

0 feedbacks: