Singular - Self-titled (EP2018)

Kami di DtE didatangi satu permintaan untuk melakukan review dari Singular. Sebuah projek one men band dari Kuantan, Pahang. Singular dianggotai oleh Mierul yang bertanggungjawap dalam proses penciptaan, rakaman, adunan dan mastering. Sesuatu yang lebih menarik, EP self-titled ini turut mengundang beberapa guest vocalist yang tidak hanya dari local band, malah dari band2 luar negara seperti Enema Noise (Brasil) dan The World at a Glance (USA). Self-titled (EP2018) ini dikeluarkan oleh Terr-Records (Malaysia) dan turut di released untuk pasaran negara seberang oleh Gerpfast Kolektif Records (Indonesia).

Artwork oleh Jeremy Famir (Czech Republic)
Design oleh Mierul

Tracklist :

1 - Land Of The Dead
2 - Redcross (feat. Mira of Piri Reis)
3 - The Complete Loss of Spineless Brian
4 - Obey The System (vox. by Rafael of Enema Noise - Brazil)
5 - アニダ
6 - Scophobia (feat. Scott of The World at a Glance - USA)
7 - Wayang

Singular - Self-titled (EP2018) telah melalui proses rakaman, mix dan mastering oleh Mierul di home studio miliknya. Hanya track ke 6 iaitu Scophobia telah melalui proses mixing untuk vocal oleh Scott dari band The World at a Glance. Proses rakaman bermula dari 28/3/2018 sehingga 23/4/2018.


Apabila Land of the Dead menjengah, ianya seakan mendengar The Dillinger Escape Plan yang di "blend" bersama rencah2 Converge. Rancak dan punya idea yang agak moden. Gaya vocal bawaan Mierul ternyata agak memeritkan kerongkong dan gaya sebegini boleh didengari melalui band2 Chaotic Hardcore. Mira dari band Piri Reis menjadi guest vocalist untuk track kedua bertajuk Redcross. Agak sukar sebenarnya untuk membezzakan mana satu vocal Mierul dan Mira kerana seakan ada satu persamaan dari segi jeritan mereka. Ini track yang punya flow penciptaan yang pelbagai. The Complete Loss of Spineless Brian agak melayang-layang sesi permulaan track sehingga berubah tempo kelajuan pada durasi 1 minit 20 saat. Gabungan idea yang menarik sebenarnya untuk riffing powerchord. Obey The System ternyata penuh chaotic! Serangan vocal oleh rafael, vocalist undangan dari band Enema Noise dari Brasil ternyata kena dengan mood dan suasana keseluruhan track ini. Ok, gua x puas sebab ianya hanya 1 minit 37 saat! Track ke 5 yang menggunakan tajuk berbahasa cina iaitu アニダ bermula dengan riffing yang agak santai sehingga perubahan dengan groove dan hook yang best pada durasi 1 minit 27 saat. Scophobia sebuah track yang lebih chaos. Menampilkan Scott selaku vocalist undangan dari band The World at a Glance dari USA. Gua dapat rasakan jika full song menggunakan tempo seperti permulaan lagu pasti ianya lebih chaos! Wayang gua pilih sebagai track paling gila walaupun hanya berdurasi 37 saat. berada dalam kategori separa grindcore dicampur rencah hardcore menjadikan track ini padat dan kental.

Dari segi sound produksi, mungkin Singular boleh menitikberatkan proses rakaman, mix yang lebih profesional untuk keluaran akan datang. Walaupun EP ini kedengaran "crystal clear" namun jelas kedengaran beberapa bahagian yang "pecah" atau "boost out". Keseluruhan sound produksi boleh dikira bagus untuk produk permulaan tanpa menggunakan khidmat sound engineer profesional.

Secara keseluruhan, sukar untuk mengklasifikasikan konsep music Singular. ianya berada dalam circle Hardcore (ada kala sedikit chaotic hardcore), Emocore dan Metal. Converge, Orchid, The Dillinger Escape Plan adalah antara pengaruh kuat yang dapat gua kaitkan sepanjang meneliti EP ini. Kepelbagaian elemen dan konsep yang di "blend" bersama menjadikan trademark music Singular. Gua rasa tiada sekatan atau limitasi untuk Singular menghasilkan material seterusnya selepas ini kerana music sebegini jelas tiada kekangan dalam penciptaan asalkan kena dengan mood, feel dan konsep.



Singular - Self-titled (EP2018) setakat ini telah sold-out untuk format CD (pasaran tempatan) dan Gerpfast Records (Indonesia) ada mengeluarkan untuk pasaran Indonesia. Untuk format kaset boleh berhubung dengan Terr-Records untuk pasaran Malaysia dengan harga RM12 by hand. Link disediakan dibawah artikel. Juga pembelian secara online untuk format digital disediakan melalui laman bandcamp band dan label.

Singular
Email
Facebook
Bandcamp
Instagram

Terr-Records (Malaysia)
Email
Facebook
Bandcamp

Gerpfast Kolektif (Indonesia)
Email
Facebook
Bandcamp

0 feedbacks: