Thy Regiment - Mindbleed (EP2008)

Kembali ke ruangan reminiscence, kami cuba membawakan sebuah review untuk sebuah material awal dari band hardcore kental iaitu Thy Regiment. Band ini antara yang menarik perhatian untuk local hardcore scene dimana mereka telah memiliki sebuah full length berjudul Forgive & Forget (2010) dan pada suku pertama tahun lepas muncul dengan sebuah EP berjudul Iron Hearts. Keluaran rasmi pertama berjudul Mindbleed (EP2008) ini pada gua adalah unik jika diteliti dari aspek musical nya. Thy Regiment untuk Mindbleed (EP2008) dianggotai oleh Jenn (Vocals), Kaza (Guitars), Azam (Guitars), Amex (Bass), Minn (Drums), Abun (Percussion) dan Wan (Guitars/Vocals).


Tracklist :

1 - Crifter
2 - Jihad
3 - Burial
4 - Mindbleed
5 - Blind Conspiracy
6 - Chaotic

Mindbleed (EP2008) melalui proses rakaman dan mixing di The Band Shop, sebuah produksi yang dikendalikan oleh Nash Muhandes. EP berformat CD ini diedarkan oleh Prototight Records.

Sepanjang CD dengan 6 buah track ini dimainkan, gua rasakan energi dan music kental hardcore dari Thy Regiment adalah berada di pertengahan antara New Wave Hardcore dan Metal. Tidak jauh beza dari apa yang dihasilkan melalui Forgive & Forget, namun keunikan EP ini mungkin berada pada additional instruments seperti percussion dan didigerido untuk beberapa track. Pengaruh hardcore keras dan kental seperti Sick of It All, Hatebreed (sudah pasti), juga riffing2, solo berwah-wah seakan menyertakan Soulfly antara pengaruh didalam komposisi music didalam EP ini.


Sound produksi EP ini adalah sangat bagus. Walaupun tidak terlalu meletup hasil akhirnya namun untuk status EP permulaan, Mindbleed boleh dikira satu hasil yang cemerlang.

Gua rasa Mindbleed (EP2008) sudah tidak dijual lagi kerana sudah berusia 10 tahun pada ketika artikel ini ditulis. Namun untuk mendengar beberapa track didalam EP ini, ianya turut diselitkan didalam full length Forgive & Forget dan juga EP terbaru Iron Hearts.

Ok, kenali Thy Regiment melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah. Support mereka untuk mereka terus hidup!!!

Email
Facebook
Twitter
Instagram

0 feedbacks: