Exothermix - Reaction (2018)

Exothermix adalah antara pejuang2 Thrash Metal alaf baru yang harus diberi perhatian selain band2 seperti Kreacion, Atomicdeath, Thrashit, Verminator dan beberapa lagi nama yang cukup menggegarkan dalam genre ini. Gua agak terlepas demo Extreme Disaster (2014) dari Exothermix, namun Exothermix boleh dikira antara band yang terus melangkah kehadapan. Mereka turut terlibat dalam temasya tahunan tanahair KL Metalcamp 2016 dan turut menghangatkan pentas2 gig kecil lain serata Malaysia. Reaction (2018) adalah buah tangan yang mendapat reaksi yang sangat positif dari review2 yang gua baca sebelum ini. Released pada 1 September 2018 dan dikeluarkan oleh Exothermix dan NeoChronicles Production.

Awai (Guitars), Angah (Bass), Blacky (Vocal/Guitars), Mat (Drums)

Cover artwork oleh Angah
Layout oleh Auks de Nekrademus

Tracklist :

1 - Doomsday Omen
2 - Extreme Disaster
3 - Exothermix Reaction
4 - Chromatic Kill
5 - Restless Unconscious
6 - Infinite Brutality
7 - Maniac Forces
8 - Thrash Mentality
9 - Total Death

Reaction (2018) melalui proses rakaman di Helios Studio, Petaling Jaya Selangor. Proses mixing dilakukan oleh Auks de Nekrademus manakala proses mastering dilakukan oleh Max Sayuthi di Studio Koman, Petaling Jaya Selangor.


Jika diperhatikan Reaction adalah album yang menghimpun gabungan lagu baru beserta 4 buah tracks yang turut terkandung didalam demo Extreme Disaster (2014). Memandangkan gua x berkesempatan mendengar dan memiliki demo tersebut dan tahap kualiti rakaman kesemua lagu dalam album ini, gua andaikan kesemua 4 track tersebut melalui rakaman semula. Kualiti bunyi yang bagus dan perlu diberi perhatian.


Secara keseluruhan gua beranggapan Exothermix adalah antara bakat baru Thrash Metal tempatan yang punya hasil yang mantap untuk genre ini. Susunan lagu yang rancak adalah nadi kepada trademark Thrash Metal bawaan Exothermix. Music mereka gua andaikan lebih kearah Old Skool Thrash Metal, malah sangat sipi elemen2 modern sepanjang kesemua track didalam album ini dimainkan. Seperkara yang menarik didalam album ini adalah serangan solo gitar yang tidak memberikan sebarang ruang kosong dan durasi yang tepat dan sesuai solo2 tersebut disusun. Mat thrash yang minat gitar disarankan beli album ni hahaha.. Ok, overall gua bleh kata album ni sempoi, rancak dan gerek! Vocal yang bijak untuk mengalunkan jeritan pada part2 yang sesuai juga dentuman bass yang seiring dengan hentakkan drum yang menjadi tunjang kepada Reaction (2018). Track pilihan gua mestilah "Maniac Forces" hahaha!

Dari segi sound produksi, Reaction (2018) punya mutu bunyi yang bagus dan profesional walaupun genre sebegini sepatutnya berada dalam lingkungan sound yang separa raw dan bersih. Keseimbangan yang baek dari overall sound yang membuktikan ianya hasil yang bagus dari proses mixing dan gua ada terbaca Max Sayuthi selaku engineer mastering album ini turut mengakui ini adalah hasil kerja beliau yang paling beliau berpuas hati. So nak pertikai apa lagi? Hahahaha..


Reaction (2018) boleh dibeli dengan harga RM25 by hand dan didatangkan dengan A3 poster beserta sticker untuk kuantiti limited. Sila berhubung terus dengan Exothermix melalui email atau facebook mereka untuk urusan pembelian atau rajinkan diri google sebab album ini banyak di distro kan oleh label2 bawah tanah negara. Akhir kata dari gua, ini album Thrash Metal yang bukan suka2.. ini album yang memang gerek dan Thrash habisss! Grab copy anda sebelum kehabisan kerana gua pasti album ini sedang laris penjualannya ketika ini! Yeahhh!

Exothermix
Email
Facebook

* Al-fatihah kepada Allahyarham Angah (Bassist) yang meninggal dunia sebelum album ini dikeluarkan.

0 feedbacks: