Tracklist :
1 - In The Name Of Horned Divined... (Intro)
2 - Dawn Of The Black Mass
3 - Retribution By The Ancient Entity
4 - The Holocaust Of Apocalypse
5 - Outro
As The Sky Turns Black tidak menyatakan studio rakaman yang menjadi lokasi 5 track (termasuk intro dan outro) ini terakam. Hanya dinyatakan bahawa proses mixing di lakukan oleh Nebiras selain Nebiras bertindak sendiri dalam penerbitan mini album ini.
Dari 5 track yang terkandung didalam mini album ini, hanya 3 buah lagu sahaja yang bervokal manakala intro dan outro yang agak meremangkan bulu roma digunakan sebagai mukadimah dan penutup mini album ini. Walaupun track kedua Dawn Of The Black Mass bermula dengan intro (intro lagi) dan meleret sehingga hampir 1 minit 30 saat, namun serangan music berdistortion mereka tidak memberi sebarang ruang untuk anda bernafas. haha. Music Nebiras tidaklah seteknikal sesetengah band Black Metal trendy sekarang namun mood yang mereka cipta didalam setiap album adalah berkonsep dan masih berada didalam lingkungan mood album tersebut.
Jika diperhatikan sound produksi mini album ini boleh dikira terbaik untuk genre sebegini. Boleh dikatakan juga mutu rakamannya diperingkatan pertengahan diantara tidak terlalu clean dan tidak terlalu raw. Bunyi setiap instrument jelas kedengaran walaupun bunyi kedua dua gitar sedikit ringan (dulu zaman distortion kuning sound sebegini dah kira hebat lah.. haha..). Hentaman padu pada stroke2 drum juga kedengaran konsisten walaupun pada track kedua terdapat sedikit out of tempo yang tidak berapa ketara kedengaran bunyi nya (mungkin gementar first time buat proper recording).
Rasanya tiada apa yang perlu dikatakan lagi pada mini album ini. ianya sudah dikira sebuah rilisan yang "kult" yang menjadi satu kepastian kepada peminat2 music gelap era awal pergerakan music underground tanahair dahulu. As The Sky Turns Black hanya dikeluarkan dalam format kaset sama seperti album2 kemudian yang dihasilkan Nebiras.
Nebiras mungkin boleh dihubungi melalui link yang disediakan dibawah video comeback mereka pada 2011 yang lepas.
Nebiras - Bless Be Thy (Live)
Myspace
Atau kenali mereka melalui 2 link yang kami sediakan dibawah ini :
- Metal Archives
- Spirit of Metal
- Metal Archives
- Spirit of Metal
intro dan outro dibuat oleh Fenriz, DARKTHRONE kan?
ReplyDelete