Who's Next To Be The Fucking Government (Demo tape 2014)
Tracklist :
1 - Intro
2 - Who's Next
3 - Fool Life
4 - Media Massacre
5 - Am I Your Punk?
6 - Faceless Scum
Agak terhad infomasi yang disertakan didalam cover sleeve yang disertakan. Tidak dinyatakan studio rakaman dan siapa yang bertanggungjawap dalam proses rakaman demo tape ini.
Intro berdurasi seminit lebih dengan serangan gitar berdistortion dan drum yang kearah D-Beat. Tidak banyak boleh dikatakan. ok, skip ke track kedua.
Who's Next cukup kuat pengaruh Metal Punk nya. Jelas permainan drum style D-Beat dicampur riffing Punk yang dalam kelajuan seakan sedikit Exploited. Namun jelas ada pengaruh Darkthrone dan sedikit Motorhead.
Fool Life semakin laju rentaknya. Music yang semakin straight forward disamping pengulangan beberapa riffing. Chorus yang bersemangat.
Media Massacre seakan sambungan dari track terdahulu. Masih straight forward flow lagu nya.
Am I Your Punk? bermula pantas walaupun tidak terlalu laju tempo nya seperti track2 awal. Apabila gua mendengar untuk beberapa kali, seakan ada pengaruh kuat dari Darkthrone dalam penciptaan riffing untuk track ini. Ok ini track paling panjang durasi nya yang mencapai 2 minit.
Faceless Scum merupakan track terakhir yang pada gua paling gila dan havoc. Paling sesuai dibawa untuk pertunjukkan pentas. Pasti akan berlaku moshpit yang menggila!
Secara keseluruhan gua beranggapan ini sebuah demo tape yang bagus juga walaupun rakaman agak separa raw dengan kualiti sound produksi yang sederhana namun untuk status "demo" boleh dikira bagus! Setiap instrument jelas kedengaran dan sound yang dihasilkan cukup organik! Krigssystemet mungkin jika diberi sedikit masa lagi mampu menyaingi band2 sealiran sama seperti Snäggletooth, Vaarallinen dan terbaru ada gua dengar band nama Black Demon yang macam sama aliran jugak. Gua harap Krigssystemet bertahan lama dan menghasilkan material pada masa hadapan.
Gua xpasti adakah demo tape Who's Next To Be The Fucking Government? ini masih boleh diperolehi kerana ia nya dikeluarkan dalam kuantiti yang cukup limited iaitu sebanyak 33 copies sahaja. haha. Jika anda terlihat ada yang menjualnya sila grab cepat2.
Cuba hubungi 3 label ini untuk copy anda. Itu pun jika masih ada saki baki.
- Blood of War Records
- Hellforced Records
- Bebal Mailorder

No comments:
Post a Comment