Senseless - Epidemic Mentality Equilibrium (Reissue 2015)

Cepat jugak gua menghubungi owner label yang mengeluarkan album band Death Metal dari Sarawak ini apabila ianya mula dipasarkan. Senseless yang seakan telah berkubur setelah pemergian mastermind nya hanya sempat menghasilkan 2 buah album penuh, sebuah split serta beberapa demo di awal kewujudan mereka. Epidemic Mentality Equilibrium (E.M.E) yang merupakan album pertama yang lahir pada 1994 di bawah label Valentine Sound Productions (VSP) hanya dikeluarkan dalam format kaset. Setelah 20 tahun pihak Thrashingfist Productions dari Kedah Darul Aman merealisasikan impian pendengar album ini yang dahulunya hanya mengharapkan kaset kepada format yang lebih bagus iaitu cakera padat atau CD. Selain memuatkan lagu2 dari album pertama itu, CD ini turut memuatkan 8 buah lagu dari demo pertama dan kedua yang masing2 menghadiahkan 4 buah lagu dari Terminal of Death (Demo 1990) serta Profanation Horror (Demo 1991).

Senseless - Epidemic Mentallity Equilibrium (Reissue 2015) + Terminal of Death (Demo 1990) + Profanation Horror (Demo 1991)

Tracklist :

Epidemic Mentality Equilibrium (Full Length 1994)

1 -  Intro (Instrumental)
2 - Epidemic Mentality Equilibrium (E.M.E)
3 - Fateful Intensity
4 - Beyond Reality
5 - Forever Nowhere
6 - Shadows From The Past
7 - Morality Effected Inquestion
8 - Repulsion into Repugnant
9 - Independent

Terminal of Death (Demo 1990)

10 -  Terminal of Death
11 - Narcotic
12 - Sacrifice
13 - Brain Damage

Profanation Horror (Demo 1991)

14 - Abhorrence Minds
15 - Violence Rotting and Suffer
16 - Intramural
17 - Diabolic (Disaster)

Epidemic Mentality Equilibrium melalui proses rakaman di King Studio dan Jig menjadi sound engineer untuk rakaman ini. Terminal of Death (Demo 1990) dan Profanation Horror (Demo 1991) melalui proses rakaman di Lespaul Music Studio.

Pada gua, review ini lebih kepada promosi kepada keluaran ini memandangkan ianya adalah antara khazanah music berat tanahair. Oleh itu gua memilih track Forever Nowhere dan Repulsion Into Repugnant sebagai track pilihan gua sejak sekian lama dahulu lagi. Manakala untuk kedua2 demo, gua boleh nyatakan bahawa kedua2 nya antara demo tape yang punya sound kualiti yang boleh dikira sebagai baek untuk demo2 zaman awal 90an. Namun untuk demo2 ini konsep nya mungkin agak sedikit Thrash yang menghala ke Death Metal.

Seperkara yang paling menarik berkenaan keluaran ini adalah ianya bersifat profesional dari segi pakagingnya. Puas juga menatap cover sleeve yang disertakan. So apa tunggu lain metalhead sekalian????

Ok, tak banyak rasanya yang boleh gua huraikan disini, so CD ini boleh diperolehi dengan harga RM35 termasuk kos pos. Hubungi Thrashingfist Production melalui laman sesawang dibawah.

Senseless - Intro / Epidemic Mentality Equilibrium

Thrashingfist Productions

Black Demons - Black Rock & Roll Madness (EP 2014)

Jika sebelum ni gua review band tempatan iaitu Krigssystemet dengan penangan Metal Punk nya, ini ada satu lagi produk tempatan yang turut sama memperjuangkan genre music yang sama. Black Demons yang juga agak misteri band nya baru sahaja mengeluarkan sebuah demo bertajuk Black Rock & Roll Madness. Black Demons dianggotai oleh Rotten Demon (Drums), Evil Dead (Vox/Guitars), Satan Slut (Bass). Black Rock & Roll Madness dikeluarkan oleh Blood of War Records.


Tracklist :

1 - Rock N Roll Madness
2 - Satanic Rites
3 - Demonic Sacrifice
4 - Bloody Blasphemous Mantra
5 - Hard Ride With Satan
6 - Black Metal (Venom Cover)

Black Rock & Roll Madness menjalani proses rakaman di Kerbau Works Bangsar. Tom Bollocks bertindak sebagai jururakam, pengadun dan juru mastering untuk demo ini.

Rock N Roll Madness menjadi pembuka bicara dengan irama yang kental dengan riffing Speed/Thrash Metal namun cara nyanyian mengingatkan gua pada demo pertama The Bollocks suatu ketika dulu. Ya kena juga penangan Metal Punk mereka. Untuk permulaan ini, mungkin gua nampak pengaruh band besar seperti Motorhead, Venom dalam music ciptaan Black Demons. Darkthrone baru? belum cukup keras kot untuk ke tahap itu.

Satanic Rites masih utuh seperti track pertama. Untuk track ini jelas gua dapat menangkap bunyi bass yang menggunakan distortion dan "bunga" yang dimainkan pemain bass band ini. Juga disertakan solo gitar.

Demonic Sacrifice bermula dengan sedikit plucking berdistortion dengan tempo perlahan sebelum overall music di distortionkan dengan riffing berchord. Ok, track ini agak sedikit santai namun punya feel yang baik sebelum hampir ke tengah lagu tempo dilajukan seperti track2 terdahulu. Ok, track ini layan jugak.

Ok, untuk track Bloody Blasphemous Mantra gua boleh hidu formula ciptaan lagu ala2 Darkthrone baru. Tidak terlalu laju tempo nya. Sebuah track yang agak rilek.


Hard Ride With Satan merupakan track yang diberi preview awal melalui youtube untuk tujuan promosi dan memperkenalkan band dan music mereka barangkali. Punya pengaruh Speed/Thrash/Punk yang cukup kuat.Gua boleh simpulkan ini track paling gerek setakat ini.

Black Metal (Venom Cover), ok gua xmau review panjang. Black Demons berjaya membawa track ini dengan baek.

Dari segi sound produksi, ini merupakan produk yang boleh dikatogerikan sebagai baek dan boleh jadi juga sound sebegini adalah apa yang dimahukan band untuk mengembalikan feel music yang gah ini di zaman kegemilangannya dahulu yang menggunakan kaedah rakaman analog. Untuk tahap keseimbangan gua boleh katakan kesemua instrument boleh didengar dengan jelas.

Black Demons boleh jadi adalah mereka2 yang terdiri dari line up band2 yang membawa irama D-beat, Thrash dan Punk (barangkali -> sekadar pandangan editor). Seakan satu semangat baru bila nampak kehadiran band2 irama sebegini yang membawa kembali apa yang telah ditinggalkan dahulu. Untuk identiti mungkin band2 sebegini perlu lebih usaha untuk mendapatkan trademark tersendiri. dari segi positif nya, irama sebegini nampak tidak akan pupus kerana masih ada yang memperjuangkannya. Gua harap ianya tidak mati dibawa arus trend. Sekian.

Sebarang urusan pembelian boleh berhubung dengan Blood of War Records. Sila klik link2 yang kami sediakan dibawah ini. Terima Kasih.

Blood of War Records
Email
Blogspot

Incarnation - Killer Persistence (EP 2014)

Kalau tengok susur galur Incarnation ni gua rasa ada kena mengena dengan Herriot, kemudian The Hidden dan serpihan line up 2 band ini membentuk Incarnation. Bertunjangkan irama Melodic Death/ Metalcore, band yang sekarang bermastautin di Kuala Lumpur ini boleh dikatakan telah menempuh banyak cabaran dan perit dalam scene music berat tempatan. Sejak penubuhan sekitar 2005 (tahun 2015 dah 10 tahun), Incarnation telah menghasilkan sebuah album penuh bertajuk Stainless Perfect Murder (2008), kemudian agak kerap melakukan persembahan pentas sehingga agak dikenali di Indonesia serta terlibat dalam mini tour di Korea Selatan. Terkini Killer Persistence (EP2014) merupakan buah tangan terbaru Incarnation dan juga merupakan hadiah terakhir vocalist band ini iaitu Yad sebelum pengunduran dan digantikan oleh Hanif dari Dicktracy (Dicktracy turut meriliskan sebuah EP terbaru bertajuk Reboot lebih kurang tarikh EP Incarnation ini dipasarkan. Nanti gua review - Ed).

Yad (Vocals), Areef (Lead Guitar), Najmi (Rhythm Guitar), Udey (Bass), Arab (Drum)
*Anep (Vocal terkini)

Incarnation - Killer Persistence (EP 2014)

Tracklist :

01 - My Majestic Homicide feat. Rithan DVS
02 - Barricade
03 - Seismic Chaos
04 - Pulse
05 - Ruined
06 - The Provocateur
07 - Solitary State

Tidak dinyatakan studio rakaman dan sound engineer untuk rakaman EP ini. Dari pemerhatian melalui laman facebook dan youtube, nampak seakan proses rakaman dilakukan di beberapa studio dari Kuala Lumpur sehingga ke Kedah.


My Majestic Homicide telah dimuatnaik melalui laman youtube sebelum EP ini dipasarkan. Penampilan Rithan dari Deja Voodoo Spell untuk track guitar antara suatu tarikan untuk lebih mengetahui bagaimana sound track terbaru Incarnation kali ini. Sebuah track yang agak kuat pengaruh metalcore nya dari awal track lagi. Ngauman Yad untuk peninggalan terakhir bersama Incarnation ini ternyata tidak menghampakan. Ok, chorus track ini mengingatkan gua pada Pantera. Dengan gaya lenggok vocal sehingga riffing gitar yang membuatkan gua terbayang Dimebag darrel dan Phil Anselmo bersama didalam lagu 5 Minutes Alone.


Barricade turut dijadikan video klip (walaupun agak kelakar video klip nya) Sebuah track yang memiliki elemen melodic dan groove yang kuat. Ngauman Yad tidak memberi ruang kosong didalam track ini. Juga drummer yang nampak cukup bekerja keras untuk memastikan track ini meletup. Ada 2 pengaruh band ternama dalam track ini yang dapat gua tangkap. As I Lay Dying dan In Flames.

Seismic Chaos bermula dengan sample sebelum ianya terus meletus dengan hebat sekali. Sesuai dengan tajuk track, ini adalah track yang cukup huru hara! Track ini membuatkan gua rasa seperti mendengar album2 lama In Flames. Cukup melodic kecuali pertengahan track yang terselit sedikit elemen breakdown.

Pulse adalah instrumental yang hanya menyediakan bunyian dari gitar yang dimainkan dengan penuh melodi. Kasi rilek sekejap. hahaha

Kembali dengan bunyian distortion, Ruined kembali memberi suasana huru hara namun masih dalam kondisi terkawal. Turut masih menggunakan melodi2 yang kedengaran agak thrash. Wow solo gitar yang menarik. Track ini banyak juga breakdown nya.


The Provocateur merupakan single 2011 yang turut dimuatkan didalam EP ini. Ianya turut dijadikan video klip pada tahun berikutnya. Sememangnya track ini cukup heavy dan kental. Gua ada tengok ketika Incarnation memainkan track ini secara live, memang havoc suasana moshpit. hahaha. Antara track yang agak kuat dari EP ini.

Track terakhir Solitary State tidak memberi ruang kosong dari awal lagi. Riffing dan hentakkan drum ternyata tiada belas kasihan. hahaha. Agak keras dan fast track ini. Tapping gitar secara solo ditengah2 track nampak seakan satu percubaan berani yang jarang2 dibuat orang namun ianya agak berjaya. Suku terakhir ada sedikit permainan gitar tanpa distortion sebelum chorus membawa track ini sehingga penamat.

Ok, dari segi sound produksi Killer Persistence boleh dikatakan punya output yang bagus dan sound profesional adalah apa yang diberikan. Keseimbangan yang baik hasil mixing yang bagus. Dari segi music nya, gua rasa Killer Persistence lebih advance dan menampakkan kematangan dalam penulisan lagu2 baru. Untuk music begini agak sukar untuk lari dari pengaruh2 seperti As I Lay Dying, In Flames mahupun At The Gates. Gua juga beranggapan pengaruh metalcore didalam music Incarnation tidaklah terlalu kuat, sebaliknya jelas jiwa Metal adalah paling kuat jika anda menghayati lagu2 terbaru ciptaan mereka. EP ini nampak lebih kerja keras dari pemain gitar dimana banyak riffing2 yang memerlukan permainan pantas berjaya dihasilkan. Gua juga ada perasan terkini ada perubahan formasi didalam line up dimana posisi gitarist dan bassist telah ditukar antara Areef (dahulu bassist) dan Udey (dahulu gitarist).

Ok, gua harap pendengar yang mengikuti perkembangan Incarnation boleh mendapatkan CD Killer Persistence (EP 2014) ini melalui link2 yang kami sediakan dibawah. Dapatkan Killer Persistence (EP 2014) dengan harga RM15/copy untuk mendengar ngauman terakhir Yadd bersama Incarnation. Selepas ini kita tunggu Incarnation bersama tukang jerit baru iaitu Anep.

Email
Facebook
Twitter
Youtube
Bandcamp

VotW : Hegyra - Until The End (Official Video)

Hegyra band dari Perlis Indera Kayangan. Pernah tampil dengan sebuah EP bertajuk Indelible Imprint pada 2003. Membawakan irama Melodic Death Metal yang pada gua ke arah Soilwork. Ok, ini music video terbaru dari Hegyra bertajuk Until The End. Layan..

Hegyra - Until The End (Official Video)

Email
Facebook

Editors Pick: 2014 Best Releases & Music Videos

Masanya sudah tiba... 2014 menyaksikan beberapa material yang pada kami adalah terbaek untuk 2014.. gua Contramen dan A is for Anomaly ada list beberapa material yang pada telinga kami antara yang "menangkap" dan perlu diberi perhatian antara local dan international. Ok, tak payah intro panjang2.. ni bebelan kami untuk 2014.. sila baca...

*****************************************************************

Contramen

2014 pada gua boleh nampak beberapa kemajuan dari segi material2 yang dihasilkan dan fokus gua pada material2 tempatan dan rilisan antarabangsa.Ok, ni ada review ringkas dan sebelum gua tamat membebel ada seperkara dua gua selit dihujung nanti..

 Goresluts - Divisi Panji Merah (2014)

Album terbaru Goresluts, sebuah band yang cukup lucah dan berkembang dari memainkan genre Goregrind. Dengan sedikit perubahan line up, Divisi Panji Merah pada gua merupakan sesuatu yang perlu dibanggakan kerana ianya adalah pakej lengkap yang cukup profesional. Pujian yang perlu diberi untuk sound produksi yang cukup bagus dan sewajarnya label Grundar Productions harus melebihkan urusan pemasaran hingga ke luar negara untuk produk ini.Tidak salah jika gua katakan apa yang dihasilkan Goresluts untuk Divisi Panji Merah sudah mencapai standard seperti apa yang dihasilkan band2 besar antarabangsa diluar sana. Juga perlu gua highlight sekali lagi, Divisi Panji Merah adalah sebuah album yang melanggar rukun2 music Goregrind. Goresluts tidak peduli semua itu dan ternyata ia nya adalah satu kejayaan yang cemerlang.

 Damaq - Nafs (2014)

Setelah sekian lama band berteraskan irama besi hitam dari Kedah ini menyepi, sekitar 2010 (kalau gua x silap) mereka kembali menghangatkan pentas2 gig dan terkini sebuah album penuh yang telah lama dirakam berjaya juga di rilis dengan usaha Damaq sendiri. Nafs lebih kepada Black Metal yang bersimfonik. Jika anda pendengar band2 yang membawa elemen Melodic Metal, album ini seharusnya menjadi salah satu playlist anda. Sound produksi yang bersih dan solid. Mengingatkan kepada band2 hebat Black Metal seperti Dimmu Borgir, Old Men's Child.

 Lavatory - Morbid Terror (2014)

Old School Death Metal dari Kuala Lumpur ini muncul dengan album penuh bertajuk Morbid Terror. Sesuatu yang sangat berani dihasilkan oleh Lavatory menerusi Morbid terror ialah penghasilan sound rakaman yang cukup old school! ia nya kedengaran seakan rakaman analog sekitar awal 90an. Tidak terlalu bersih sound produksinya juga boleh jika gua katakan separa raw namun masih terkawal sound mixing nya. Penggemar Obituary, Benediction mungkin boleh mendapatkan album bertajuk Morbid Terror ini.

 Daarchlea - Suns (2014)

Tidak dapat disangkal lagi, Suns merupakan album yang cukup berjaya yang dihasilkan oleh Daarchlea, sebuah band yang melabelkan music mereka sebagai Black/Deathcore (gua masih lagi berfikir mana datangnya Deathcore itu???). Kekuatan Suns pada gua bukan sahaja pada konsep Black Metal yang bersimfonik tetapi gabungan beberapa sound engineer alaf baru yang terlibat didalam rakaman ini turut menjadi beberapa faktor sound produksi Suns cukup kuat dan mampu menimbulkan saingan sihat kepada band2 lain tanahair.

 Mastodon - Once More 'Round The Sun

Unit yang semakin lama semakin menggila dengan music Prog Metal yang mereka hasilkan. Mastodon yang berasal dari Atlanta, Georgia USA ini ternyata punya keunikkan tersendiri. Agak lama gua cuba hadam apa yang dihasilkan Mastodon melalui setiap album yang telah dihasilkan. Once More 'Round The Sun lebih tepat gua katakan adalah penghasilan music Prog Metal yang punya identiti mereka sendiri. Dalam hati gua, gua dok pikir sapa lah yang sanggup untuk cover lagu2 Mastodon??? Hahahaha..

*************

Mastodon - The Motherload (Official Video)

Untuk video klip rasanya x meriah sangat macam tahun lepas dimana banyak band2 yang menghasilkan video klip secara profesional. So, gua rasa video klip dari Mastodon - The Motherload antara terbaek.. Ianya nampak agak 18SX namun beberapa pendapat berkenaan video klip ini membuatkan ramai berfikir apa sebenarnya yang mahu di nyatakan oleh Mastodon melalui video klip ini. Juga menarik lagu ini dinyanyikan oleh pemain drum nya. Sila cek youtube persembahan live mereka untuk lagu ini.

******************************************************

Untuk bebelan seterusnya, gua ingin juga selit beberapa sepanjang pemerhatian gua untuk 2014. Terlebih dahulu gua nak juga selit material2 tempatan yang turut gua anggap terbaek seperti Cakerawala dengan EP selftitle nya, sebuah produk yang bagus untuk genre Death Metal. NonServiam yang juga melahirkan sebuah album penuh bertajuk A Spectral Ascension untuk Melodic Death Metal yang cukup solid. Dicktracy yang tampil dengan EP bertajuk Reboot pada gua punya kekuatan dari segi sound produksi yang cukup meletup. Satu terma baru untuk music Metal yang agak modern. Misgive band gadis2 dari Borneo yang tiba2 muncul dengan irama Punk Rock yang agak catchy tampil dengan EP bertajuk "Short Skirts, Shot Guns".

Juga seperkara kemunculan beberapa individu dan band yang ghairah dengan music Ambient seperti Sial, Delusi, Ahmad Ra1m1 yang cukup berani menghasilkan bunyian2 yang dipasarkan secara terbuka. Seperkara lagi gua ada perasan kemunculan band2 tempatan yang seakan mengikut jejak Darkthrone dengan membawa music Metal Punk. Jika beberapa tahun sebelum ini gua nampak beberapa band dari Singapore berani tampil dengan genre sebegini kini kita turut ada band seperti Black Demons dan Krigssystemet. Gua andaikan 2015 akan wujud lagi beberapa band sealiran mereka. Persoalannya adakah ianya boleh survive, antara minat atau trend.

Ok, itu sahaja.. gua kasi A is for Anomaly pulak dengan review yang dibuatnya dengan lebih ke arah grafik yang moden.. haha..

***********************************************************