Tracklist :
1 - Mutual Misprison
2 - A'al
3 - Sur
Rata2 sepanjang mendengar demo ini (gua tak sempat beli dan memiliki demo tape ini zaman dulu sebab masih sekolah..haha - ED) gua rasa sikit impress sebab Nakaratul Khaum agak berani menghasilkan material2 yang berdurasi panjang sekitar 6 sehingga 8 minit). Juga kualiti rakaman yang tidak rabak teruk dan masih boleh difahami dan dihadam apa yang dimainkan mereka. Juga gua nampak mereka agak advance dari segi olahan lagu dan penyampaian vocal yang sudah berani menghasilkan efek bunyi untuk part vocal selain jeritan yang original.
Jika disebut pengaruh yang mungkin diambil mereka adalah agak sukar dinyatakan. Mungkin tempias demam Rotting Christ ketika itu turut terkena dalam idea dan komposisi lagu2 mereka. Music Nakaratul Khaum ada kala nya bermelodi, punya flow tempo rancak dan perlahan. Ini sesuai dengan durasi lagu2 mereka yang panjang.
Ok, demo tape ini telah di reissue oleh Afterlife Productions dan boleh dibeli dengan harga RM12 byhand atau RM20 by postage. Ia nya dikeluarkan hanya dalam format limited tape sebanyak 300 unit. Jika anda mahu mendengar demotape yang punya mutu bunyi yang tidak mengecewakan, gua sarankan sila hubungi Afterlife Productions sebelum reissue demotape ini habis. Ini produk yang gua recommended untuk penggemar Black Metal lama.
Official Website


No comments:
Post a Comment