Code Error - Code Error (EP2018)

Apabila 2 band yang dikira Raja Grindcore dari dua buah negara bersatu dibawah nama Code Error, ini adalah menjadi sesuatu yang ditunggu bukan dari pendengar tempatan malah juga menjadi igauan pendengar luar negara yang mengenali Tools of the Trade (Malaysia) dan Wormrot (Singapore). Berita kalobrasi gila ini mula dihidu sekitar penghujung 2017 apabila nama Code Error mula disebut dilaman facebook line up kedua2 band.

Arif (Vocals), Faizal (Guitars), Vijay (Drums), Fitri (Bass)

Artwork dan inlay oleh Arif

Tracklist :

1 - 0
2 - I
3 - II
4 - III
5 - IV
6 - V
7 - VI

Self-titled EP ini melalui proses rakaman di Greenhouse Studio oleh Tom Bollocks dan Code Error. Tom bertindak sepenuhnya dalam hal ehwal mix dan mastering. EP ini diterbitkan oleh Code Error.


Ok, dah dengar lagu2 melalui laman bandcamp Code Error? Amacam? 10 minit lebih dengan jerit pekik, bedilan tanpa belas keatas drumset, kisaran tali gitar dan dentuman bass yang menjadi latar music Code Error. Ok, pada gua Code Error sememangnya berlainan dan tidak sama dari apa yang dilakukan Wormrot dan Tools Of The Trade. Pendengar yang punya material kedua2 band pasti bersetuju dengan apa yang gua katakan. Code Error ada sikit trademark yang kadangkala agak meleret pada sebahagian part dan apabila menggila, memang tidak beri peluang. hahaha.. Track ke 5 dan terakhir adalah pilihan gua.

Sound produksi? Tak perlu dipertikai lagi, Ini kerja tangan Tom Bollocks yang semestinya sedang meningkat naik. Profesional sound dan boleh jual oversea.

Code Error selftitle mula dikeluarkan dalam format kaset oleh Tandang Records dan boleh dibeli dengan harga RM15 by hand. Untuk format CD, akan dikeluarkan oleh Obliteration Records Japan.  EP ini turut akan dikeluarkan dalam format 7" (vinyl) oleh Dies Irae Productions/Distribution dan FatAsso Records. Untuk format CD dan 7", sila rajinkan jari jemari anda ke laman sesawang facebook dan bandcamp Code Error untuk pengumuman tarikh ianya akan dipasarkan.


Ok, apa lagi gua nak kata? harap ini bukan sekadar projek seronok2, gua harap ada full length dari Code Error selepas ini. tak puas ahhh 10 minit je telinga kena padu!.. hahaha

Code Error
Email
Facebook
Bandcamp

Tandang Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Realm - Dark Winds of Asuras (Demo 1997)

Lama tak menulis pasal material2 purba. Kali ni gua nak tulis pasal sebuah band bernama Realm. Berasal dari Singapore, band yang ditunjangi oleh Night pada asalnya menggunakan nama Forlond ketika awal penubuhan sekitar 1995. Penggunaan nama Realm kemudian ditukar kepada Netherealm pada 1997 selepas demo ini diterbitkan. Dark Winds of Asuras (Demo 1997) dibarisi oleh Night (Guitars/Scream) dan dibantu oleh Samsul (Vocals/Bass) dan Black Emperor of Darkness (Drums).


Tracklist :

Side A :
1 - Fallen Skies
2 - Blood of the Imperial Night

Side B :
1 - Kingdom of Nightfall
2 - Master of Centuries Black

Dark Winds of Asuras (Demo 1997) melalui proses rakaman di Polydox Studio sekitar March 1997. One Barchiel (Phenomistik/Karamah/ex-As Sahar) turut menyumbangkan suara dalam demo ini.


Demo ini boleh dianggap satu hasil yang bagus dari segi rakaman yang jelas boleh didengar hasil akhirnya jika dibandingkan dengan demo2 yang agak kacau bilau mutu bunyi untuk ketika itu. Boleh dikatakan untuk genre Black Metal, ini antara material berstatus "demo" yang bagus kualiti bunyinya.

Sepanjang "penghadaman semula" demo tape ini, Realm boleh dianggap sebagai antara band yang patut terpatri didalam sejarah Black Metal SAE. Membawa konsep Black Metal yang straight forward, old skool dan nampak tidak terkesan dengan pengaruh melodic yang mana sedekad juga ketika itu pengaruh Rotting Christ merasuk jiwa2 gelap.

Sepencarian maklumat berkenaan Realm, band ini telah menukar nama kepada Netherealm pada tahun yang sama demo ini released iaitu 1997. Setelah menggunakan nama Netherealm, sebuah split bersama band dari Austria telah dikeluarkan pada 2000 diikuti dengan sebuah promo 6 buah track pada 2002 dan sebuah full length bertajuk The Occultus Omnibus (2004). Tidak banyak berita diperolehi dan mungkin Netherealm akan kembali kerana ini adalah projek perseorang the only line up iaitu Night.

Sepeninggalan Netherealm, sebuah website yang masih berstatus "under construction' ditinggalkan dan kami sertakan dibawah.

Metal Archives (Realm)
Metal Archives (Netherealm)
Official Website

Ulu Lungga - Antu Kara (EP2018)

Beberapa produk dari Power Devolution Productions (PDP) berjaya gua grab. Label yang nampak meriah dengan produk sejak suku terakhir 2017 sehingga kini yang bertempat di Kota Samarahan, Sarawak. Untuk review pertama dari PDP, gua memilih hasil material dari band menggunakan nama Ulu Lungga. Ini adalah projek one men band individu yang menggunakan nama Antu Kara. Dengan konsep Raw Black Metal dengan tema mythology/folklore berkaitan negeri Sarawak, Antu Kara (EP2018) yang memuatkan 7 buah track termasuk intro dan outro telah diterbitkan pada 17 January 2018.


Tracklist :

1 - Miring (Intro)
2 - Penatai Iya Ka Pemadu Jai
3 - Antu Kara
4 - Ngerau
5 - Besemaya Enggau Antu Koklir
6 - Semengat Pasun Nyalak
7 - Ujan Nyala (Outro)

Tidak dinyatakan secara detail berkenaan teknikal rakaman EP ini selain hanya dinyatakan rakaman dilakukan di Kuching Sarawak sekitar 2017.

Gua agak terkesan dengan Miring (Intro) yang mengalunkan irama tradisional etnik Sarawak menggunakan instrument gitar. Walaupun dengan sound dan tone yang tidak "clean" namun idea menggunakan intro tradisi etnik ini adalah sesuatu yang agak memeranjatkan dan kena dengan tema band ini.


Dua track bervocal awal Penatai Iya Ka Pemadu Jai dan Antu Kara tidak berapa mengejutkan gua yang agak hari2 dipanah music berdistortion, namun apabila track bertajuk Ngerau bermula, gua berasa seakan berada dizaman awal penggunaan distortion oren sebelum kelahiran boss metalzone distortion. Besemaya Enggau Antu Koklir dan Semengat Pasun Nyalak juga antara track yang punya struktur penciptaan dan mood yang sama seperti Ngerau.

Dari segi sound produksi, Antu Kara (EP2018) tidaklah produk yang mampu memberi impak sound melantun-lantun. ini lebih kepada rakaman bersifat raw seperti mendengar zaman awal Burzum. Music yang straight forward namun masih boleh didengar setiap permainan instruments yang dimainkan. "Mentah" adalah terma yang sedikit sesuai jika dikaitkan dengan sound produksi namun elemen "mentah" itu perlu untuk konsep Black Metal sebegini. Gua tak pasti jika sound produksi yang cantek dan profesional mampu membuatkan Antu Kara (EP2018) dapat di sampaikan kena dengan konsepnya. Juga gua berpendapat untuk material selepas ini, Ulu Lungga dapat menitikberatkan berkenaan hal ehwal rakaman secara lebih detail seperti elemen2 teknikal stereo, panning dan beberapa hal lain untuk menghasilkan produk yang lebih menampakkan improvement.

Antu Kara (EP2018) boleh diperolehi dengan harga RM20 by hand dan sila hubungi Power Devolution Productions (PDP) untuk urusan pembelian. Difahamkan produk2 dari label ini bersifat limited. So, dapatkan untuk merasa sedikit kelainan dalam dunia besi gelap tanahair.

Ulu Lungga
Facebook
Youtube

Power Devolution Productions (PDP)
Email
Facebook

Nigredo - Flesh Torn - Spirit Pierced (2018)

Jika disebut Black Metal dari Greece pasti Rotting Christ, Varathron dan Thou Art Lord berada dalam kepala anda. Berasal dari Athens, Attica Greece, Nigredo adalah nama baru yang wujud sekitar 2013. Menghasilkan Facets of Death (EP2015), Duo ini terus bergerak beraksi dipentas-pentas gig dan pada 15 April 2018, album sulung bertajuk Flesh Torn - Spirit Pierced (2018) bakal berada dipasaran dan ianya dibawah naungan Transcending Obscurity Records.

A. (Vocals, Guitars, Bass) 
Maelstrom (Drums)
Grim (Guitars - Live Session)

Painting oleh Jean Francois Bouron 
Layout oleh Remedy Art Design

Tracklist :

1 - Ten Repellent Antiforces
2 - Necrolatry
3 - Choronzon Possession
4 - Mental Glimpses At Cosmic Horrors
5 - Saturnian Death Cult
6 - Sons Of Worthlessness
7 - Towards The Monolith
8 - Raging Tides Of Time

Apa yang boleh dikatakan ketika Flesh Torn - Spirit Pierced (2018) dimainkan, adalah perlu dinyatakan Nigredo aalah band yang cuba lari dari sound2 Greece Metal walaupun melabelkan music mereka sebagai Black Metal.


Music Nigredo boleh dikatakan masih kelam dengan tunjang Black Metal, namun riffing guitar adakalanya terkesan pengaruh Black/Thrash walaupun tidak secara keseluruhan. Sound/tone gitar kedengaran lebih kasar dan sedikit kotor namun tidak menjurus kearah raw. Ia nya juga bersifat old skool dan straight forward. Drum masih berada dalam jiwa Black Metal, tidak menonjolkan tahap teknikal yang tinggi dan kekal dalam stroke old skool. Vocal dari A nyata ngeri dan paling memberi warna yang paling pekat untuk ramuan dan rasa Black Metal dalam rencah music Nigredo.

Jika diminta pengaruh atau band2 yang boleh dibuat perbandingan paling hampir dengan music Nigredo, adalah sukar untuk gua memberi jawapan. Mungkin ada sedikit atau kebetulan seperti NorseSvartidaudi dan Bolzer.


Dari segi sound produksi, Flesh Torn - Spirit Pierced (2018) berada dalam kelasnya tersendiri dan berjaya lari dari Greece Metal yang mempunyai sound yang bersih dan solid. Sound yang kasar dari gitar yang di blend bersama sound/tone drum yang organik menjadikan album ini sedikit berbeza dengan Black metal ciptaan band2 lagenda Greece.


Flesh Torn - Spirit Pierced (2018) dikeluarkan dalam dua format iaitu fizikal dan digital. Untuk format fizikal tersedia dua versi iaitu "Hand-numbered Silver-embossed Printed Box Set CD" dan juga digipak CD. Untuk format digital, anda boleh membuat pembelian melalui laman bandcamp Nigredo atau Transcending Obscurity Records.

Nigredo
Email
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

VotW : Malaysian Undergrounder's: Tribute to Biohazard

Jika sebelum ini, kita biasa tengok di youtube collabration cover song yang dimainkan oleh pemuzik-pemuzik amatur dan profesional antarabangsa, kini nampaknya Malaysia tidak ketandusan bakat dalam menghasilkan product alam maya sebegini. Studio Koman yang dimiliki oleh pemuzik underground amatur Max Sayuthi dari band Cryo Inferno/Delict telah membuktikan projek sebegini mampu dihasilkan dengan kualiti yang bagus dari segi audio dan visual. Ok, ini track klasik dari Biohazard yang diambil dari album kedua Urban Disipline (1992) bertajuk Punishment.

Malaysian Undergrounder's: Tribute to Biohazard featuring :
Emri Shamreza from Blindtribe / Strikeout (Drums)
Max Sayuthi from Cryo Inferno / Delict (Guitar)
Lan Bear from Infectious Maggots (Lead Guitar)
Daniel Eddie from Massacre Conspiracy (Bass)
Zaid Fadhil from Strikeout (Vocal)

Kesemua instruments melalui proses rakaman di Brutal Music Lab (kecuali rakaman guitar Max Sayuthi yang dirakam di Studio Koman) dan Auks dari Sick Society bertindak sebagai mixing engineer. Track ini diterbitkan oleh Studio Koman dan Brutal Music Lab.

Studio Koman
Email
Facebook
Youtube
Bandcamp

Depravity - Evil Upheaval (2018)

Depravity adalah nama baru dalam kancah Death Metal Australia. Ditubuhkan sekitar 2016 dan menghasilkan Reign of the Depraved (EP2016) pada tahun yang sama. Menggegarkan pentas2 sekitar Australia dan turut beraksi di pesta music berat Indonesia iaitu Hammersonic 2017 bersama band2 berat ternama dunia. Tidak menunggu lama band yang dibarisi oleh Louis Rando yang agak aktif bersama Impiety dan The Furor beserta rakan2 tidak menunggu lama untuk menghasilkan album sulung bertajuk Evil Upheaval (2018). Seperti The Furor, album ini turut berada dibawah Transcending Obscurity Records dan tarikh rasmi release adalah 30 April 2018.

Louis Rando (Drums), Jamie Kay (Vocals), Lynton Cessford (Guitar), Ainsley Watkins (Bass), Jarrod Curly (Guitar) 

Artwork oleh Alex Tartsus

Tracklist :

1 - Manic Onslaught
2 - Insanity Reality
3 - Repugnant
4 - Despondency
5 - The Great Divide
6 - Victimizer
7 - Tormented
8 - Evil Upheaval
9 - Vile Defloration

Rakaman dan hasil akhir Depravity - Evil Upheaval (2018) adalah mendapat sentuhan Slawek dan Wojtek Wieslawski untuk proses mix dan mastering yang bertempat di Hertz Studios Poland.


Ekspresi pertama mendengar album ini, jelas penangan Extreme Death Metal dibawa tanpa sebarang cacat cela. Death Metal yang laju, kejam dan brutal yang berada ditahap maksima. 40 minit dengan 9 track yang tersedia jelas menyeksa gegendang telinga. Corak permainan yang menggila, mengejar kelajuan dari setiap line up membuatkan album ini kedengaran sangat kental tanpa meninggalkan ruang kosong. Pada gua, Louis Rando tidak terlalu ghairah seperti apa yang dilakukan bersama Impiety yang sudah pasti Mighty Kelajuan tahap maksima. hahaha.. Namun untuk Depravity, beliau berjaya memberi impak Death Metal yang bagus. Untuk permainan gitar, gua berasa tergugat dengan dua track iaitu Tormented dan Evil Upheaval yang agak teknikal. Pembawaan vocal Jamie Kay melengkapkan rumusan music Death Metal versi Depravity.

Fans Immolation, Morbid Angel, The Furor, Hour of Penance, Suffocation, Ingurgitating Oblivion, Drawn and Quartered, Incantation harus mengenali Depravity.

Dari segi sound produksi, tidak perlu untuk dipertikaikan kerana proses mix dan mastering dilakukan oleh tenaga kerja berpengalaman yang pernah terlibat dalam proses engineering rakaman band2 besar seperti Behemoth, Bessat, Hermh, Hate, Decapitated, Nervecell dan banyak lagi.


Evil Upheaval (2018) secara rasminya akan release pada 30 April 2018. Album ini akan dikeluarkan dalam beberapa format seperti Limited Edition Autographed Gold-embossed Box Set CD, Depravity + De Profundis (UK) Death Metal Combo CD, Jewel case CD dan turut boleh diperolehi dalam format digital album. Hubungi Transcending Obscurity Records atau ke laman bandcamp Depravity untuk sebarang update berkenaan album ini.

Depravity
Email
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Rituael - Revelation : 6.17 (2018)

Rituael adalah antara nama yang sedang mengganas dalam kancah irama Black Metal tempatan. Namun perlu dinyatakan Rituael adalah band yang bermastautin di Singapore. Agak bersifat obscured, Rituael terdahulu telah menghasilkan sebuah demo bertajuk Black Possession pada 2006 dimana ianya hanya dikeluarkan untuk kuantiti terhad iaitu 300 unit oleh sebuah label dari USA iaitu Goathammer Records untuk pasaran luar. Demotape ini kemudian di reissue oleh Goatlordth Records (Malaysia) dalam format split tape bersama Companions of Hellfire (Singapore). Split tape ini diberi tajuk Inferno of Blackened Eulogies (2017). Terkini juga dibawah label yang sama bersama Hutan Mati Records, Rituael muncul dengan demo tape terbaru berjudul Revelation: 6.17 yang mula dipasarkan pada 3/3/2018.

Destruction Invoker of Doom (Guitars), Death Deliverance of Prophecies (Vocals), Plague Bearer of Apocalypse (Drums), Famine-Bringer of Storms (Bass)


Tracklist :

1 - Inauguration of Prophecy (Intro)
2 - Revelation: 6.17
3 - Sons of Perdition
4 - Cataclysm of Atonement
5 - One Eye Dominate
6 - The Fulfillment of Prophecy (Outro)

Revelation : 6.17 (2018) melalui proses rakaman di The End Recording Studio pada 10 February 2018. Bob dari The End Recording Studio bertindak sebagai sound engineer dan turut bertanggungjawap dalam proses mastering.


Persepsi pertama apabila mendengar Revelation: 6.17 (setelah mendengar split tape terdahulu), gua berpendapat Rituael adalah antara kuasa baru yang muncul dalam menggelapkan lagi kesuraman genre ini. 4 buah track bervocal beserta intro dan outro jelas menunjukkan Rituael berada dalam konsepnya tersendiri. Antara jauh atau tidak dengan tahap tipikal Black Metal tempatan, gua merasakan music Rituael adalah beremosi seakan Mayhem (kadang kala), punya mood dan flow laju dan perlahan. Kesimpulan yang boleh gua katakan Rituael punya idea dalam komposisi yang tidak terlalu melodic, tidak terlalu "hutan", juga seakan anti modern dan paling nyata ianya berunsur gelap.

Dari segi sound produksi, Revelation: 6.17 boleh di klasifikasikan sebagai satu produk yang bagus. Walaupun berada dalam gugusan Black Metal, material yang dirakam kedengaran jelas dan tidak terikat dengan terma "raw". Ini adalah tindakan berani yang patut dipuji kerana Rituael tidak takut akan kesilapan permainan setiap instrument yang dimainkan.

Revelation: 6.17 released dalam format limited 100 copies tape/kaset sahaja dengan harga RM15 by hand. Sila hubungi Goatlordth Records dan Hutan Mati Records untuk urusan pembelian melalui email dan link2 yang kami sediakan dibawah.

Rituael
Email
Facebook
Bandcamp

Goatlordth Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Hutan Mati
Email
Facebook

Et Moriemur - Epigrammata (2018)

Melayan Doom Metal adalah satu kerja yang mengasyikkan jika kena pada music nya. Et Moriemur adalah antara nama yang memperjuangkan irama Atmospheric Doom Metal yang bercampur Death dan Black Metal. Berasal dari Republik Czech, Et Moriemur telah wujud sekitar 2008. Menghasilkan Lacrimae Rerum (EP2009) setahun selepas penubuhan dan dua buah album Cupio Dissolvi (2011), Ex Nihilo in Nihilum (2014) dan terkini Epigrammata (2018) adalah album penuh ketiga dan mereka bernaung dibawah Transcending Obscurity Records. Album ini akan berada di pasaran secara rasmi pada 20 March 2018.

Zdeněk Nevělík (Vocals, Piano), Aleš Vilingr (Guitar), Pavel Janouškovec (Guitar), Karel Kovářík (Bass), Michal "Datel" Rak (Drums)

Et Moriemur - Epigrammata (2018)

Tracklist :

1 - Introitus
2 - Requiem Aeternam
3 - Agnus Dei
4 - Dies Irae
5 - Offertorium
6 - Communio
7 - Libera Me
8 - Absolve Domine
9 - Sanctus
10 - In Paradisum

Epigrammata (2018) boleh diklasifikasikan sebagai sebuah album Doom Metal yang agak unik dan "mahal". Ini kerana music yang dirakam adalah gabungan bunyian distortion yang lembap, nyanyian bersuara parau disulami dengan elemen2 "chant", "choir" dan opera.


Album dengan total durasi melebihi 53 minit ini kedengaran "solid" dan mengasyikkan. Ia umpama menyelami irama lembap Doom Metal dengan elemen "chant" seperti yang biasa didengari melalui paduan suara Gregorian dan Batushka. Melodi yang melancholy menambahkan lagi kesyahduan dengan permainan synth, keyboard dan piano. Konsep flow yang menarik membuatkan track2 yang dicipta seakan membawa gua ke satu penceritaan untuk setiap track. Ya perlu juga di nyatakan elemen "Opera Metal" turut diselitkan didalam album ini.

Dari segi sound produksi gua pasti ini adalah satu produk yang "mahal" untuk dihasilkan. Pemuzik-pemuzik untuk instrument opera, juga cello, violin turut menghidupkan lagi mood dan "suasana" album ini membuatkan ianya kedengaran hidup dan tidak kosong.

Kepada pendengar-pendengar Towards Atlantis Lights, Illimitable Dolor, Batushka, (early) Opera IX, Thergothon, Skepticism, Disembowelment, Bell Witch, Spectral Voice, anda adalah digalakkan untuk mendapatkan album ini. Sebelum menamatkan review, perlu juga gua nyatakan Et Moriemur adalah supergroup dari line up band2 seperti Dissolving of Prodigy, Self-Hatred and Silent Stream of Godless Elegy.

Kenali dan dapatkan album ini melalui laman sesawang Transcending Obscurity Records melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah atau anda boleh melakukan pembelian secara online melalui laman bandcamp Et Moriemur atau Transcending Obscurity Records.

Et Moriemur

Transcending Obscurity Records

Kathgor - Invocation (Demo 2018)

Kathgor, satu nama yang cukup underated dalam scene music gelap tempatan. Telah menghasilkan 2 buah demo Descendants from the Depth (2009) & The Lord of Infernal Blasphemy (2011). Walau agak lama tanpa release rasmi, Kathgor masih bermain gig di pentas2 kecil selain turut memeriahkan pentas gig luarnegara seperti di Thailand malah pernah meranapkan stage di Bangladesh. Terkini dibawah label Necrolatry Records, sebuah demo bertajuk Invocation mengandungi 2 buah tracks yang masih berpegang teguh dengan konsep Death Metal yang cukup agresif lahir untuk memberitahu bahawa Kathgor masih wujud. Kathgor dianggotai oleh Tartarus (Vocals), Cryptor (Guitar/Bass), Nightcrawler (Guitar/Bass) & Deathcult (Drums).


Logo artwork oleh Fizan (Vault)
Layout & rekabentuk inlay oleh Faizal (Hellghast)

Tracklist :

1 - Realm of Darkness
2 - Serpent of Death

Invocation (Demo 2018) adalah rakaman yang dilakukan sekitar February sehingga April 2014 namun tidak dinyatakan studio yang menyaksikan material dirakam. Kesemua lagu dihasilkan oleh Kathgor manakala Tartarus selaku vocalist terlibat sepenuhnya dalam penulisan lirik.


Realm of Darkness dan Serpent of Death jika diteliti kedengaran lebih agresif dari dua demo terdahulu. Riffing yang lebih menyeksakan dan drum yang masih ganas seperti dua demo awal. Old skool, ganas, tiada yang selain Death Metal melainkan Death Metal belaka.

Dari segi sound produksi, demo ini boleh diangkat sebagai demo terbaek untuk hasil bunyi akhir. Jika ditambah 2 lagu lagi tiada halangan untuk diangkat status sebagai EP.

Band yang agak obscured ini diharap dapat terus aktif dan dua track demo ini adalah hasil rakaman 4 tahun dahulu dan gua berharap Kathgor sudah punya material untuk rakaman seterusnya, EP barangkali.

Invocation (Demo 2018) masih mengekalkan format tape/kaset sama seperti dua demo terdahulu. Tiada format CD atau vinyl setakat ini kecuali sebuah track yang dimuatnaik melalui laman bandcamp untuk streaming. Hubungi Necrolatry Records untuk urusan pembelian melalui email dan laman sesawang yang kami sertakan dibawah.

Kathgor
Email

Necrolatry Records
Email
Facebook
Bandcamp

Killibrium - Purge (2018)

Satu lagi nama baru dalam pergerakan music berat India. Memperjuangkan genre Death Metal, band bernama Killibrium ini tampil secara mengejut dengan sebuah material bertajuk Purge (2018) yang mengandungi 6 buah track yang pada gua menggabungkan elemen Old School yang di blend bersama Modern Metal. Untuk Purge (2018), Killibrium bernaung dibawah label Transcending Obscurity Records dan ianya release secara rasmi pada 5 March 2018.

Mihir Bhende (Drums), Nitin Rajan (Vocals), Suvajit Chakraborty aka Bunty (Bass), Keshav Kumar (Guitars)

Artwork oleh Michal "Xaay" Loranc

Tracklist :

1 - Forewarned is Forearmed
2 - Denominator
3 - Mental Illusions
4 - Vigilante
5 - Purge
6 - Last Man Standing

Purge (2018) melalui laman facebook kemungkinan besar melalui proses rakaman di Mindmap Studio kecuali track drum yang dirakam di Demonic Studio. Ashwin Shriyan yang punya pengalaman bersama Demonic Resurrection, Reptilian Death bertanggungjawap dalam proses mix dan mastering.


Forewarned is Forearmed selaku pengenalan pertama jelas menampakkan betapa kental pengaruh Death Metal yang seakan dipengaruhi Vader, Monstrocity dan seangkatan. Death Metal yang pantas, technical dan brutal.


Denominator pada dasarkan telah dimuat naik ke laman youtube Killibrium sekitar February 2018 bersama track pertama Forewarned is Forearmed. Video lirik yang lebih baik penampilan dan untuk track ini ianya kedengaran lebih berteknikal dan memerlukan latihan yang secukupnya jika dilihat pada kepantasan riff guitar dan strok drum nya.



Bagaimana jika gua katakan track ke 3 berjudul Mental Illusions lebih menggila dari track terdahulu. Ini adalah track yang dimuatnaik oleh pihak label Transcending Obscurity Records. Lebih menggila!



Tetap kejam, Vigilante terus kencang menyerang dengan riffing dan strok drum tanpa memberi sebarang ruang. Dan track seterusnya yang menjadi self-title iaitu Purge menjadi track pilihan terbaik gua. Track terakhir Last Man Standing adalah instrumental berdistortion. Ok, ini keluaran Death Metal yang dalam kadar Brutal dan Technical yang akan menyeksa gegendang telinga sepanjang 24 minit.

Secara keseluruhan, gua berpendapat Killibrium adalah "monster" terbaru yang lahir dari India dan perlu diberi perhatian selain nama2 besar seperti Demonic Resurrection, Reptilian Death, Plague Throat, Gutslit dan beberapa nama besar lain. Purge (2018) adalah buah tangan yang berkualiti dari segi penulisan dan komposisi. "Soul" Death Metal benar2 diterapkan didalam setiap track yang dicipta. Vader dan Monstrocity adalah pengaruh paling kuat yang dapat gua hidu selain Suffocation, Aborted dan band2 berteknikal lain. Purge (2018) menarik kerana setiap track yang tersenarai semakin menggila dari segi teknikal, brutal mengikut turutan. Gua cadangkan pendengar kenali Killibrium melalui laman sesawang yang disertakan dan boleh melakukan pembelian dengan menghubungi Transcending Obscurity Records untuk format fizikal atau digital.

Killibrium
Facebook
Bandcamp
Youtube

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

VotW : At The Gates - To Drink From The Night Itself (Official Video)

Ok, At The Gates bakal tour Asia Tenggara.. paling dekat Singapore pada 6 May 2018. Ini adalah antara langkah promosi sebelum full length ke 6 mereka bertajuk To Drink From The Night Itself bakal berada di pasaran pada 18 May 2018. Menggunakan tajuk album, sebuah music video  telah dimuat naik oleh Century Media Records pada 2 March 2018 dan ia merupakan track ke 2 dari jumlah 12 tracks keseluruhan yang terkandung didalam album terbaru ini. Ok layan dulu..


Official Website
Facebook
Twitter
Instagram