Tracklist :
Side A :
1 - Fallen Skies
2 - Blood of the Imperial Night
Side B :
1 - Kingdom of Nightfall
2 - Master of Centuries Black
Dark Winds of Asuras (Demo 1997) melalui proses rakaman di Polydox Studio sekitar March 1997. One Barchiel (Phenomistik/Karamah/ex-As Sahar) turut menyumbangkan suara dalam demo ini.
Demo ini boleh dianggap satu hasil yang bagus dari segi rakaman yang jelas boleh didengar hasil akhirnya jika dibandingkan dengan demo2 yang agak kacau bilau mutu bunyi untuk ketika itu. Boleh dikatakan untuk genre Black Metal, ini antara material berstatus "demo" yang bagus kualiti bunyinya.
Sepanjang "penghadaman semula" demo tape ini, Realm boleh dianggap sebagai antara band yang patut terpatri didalam sejarah Black Metal SAE. Membawa konsep Black Metal yang straight forward, old skool dan nampak tidak terkesan dengan pengaruh melodic yang mana sedekad juga ketika itu pengaruh Rotting Christ merasuk jiwa2 gelap.
Sepencarian maklumat berkenaan Realm, band ini telah menukar nama kepada Netherealm pada tahun yang sama demo ini released iaitu 1997. Setelah menggunakan nama Netherealm, sebuah split bersama band dari Austria telah dikeluarkan pada 2000 diikuti dengan sebuah promo 6 buah track pada 2002 dan sebuah full length bertajuk The Occultus Omnibus (2004). Tidak banyak berita diperolehi dan mungkin Netherealm akan kembali kerana ini adalah projek perseorang the only line up iaitu Night.
Sepeninggalan Netherealm, sebuah website yang masih berstatus "under construction' ditinggalkan dan kami sertakan dibawah.
Metal Archives (Realm)
Metal Archives (Netherealm)
Official Website

No comments:
Post a Comment