Ironakat Obuk (Bass), Nek Otas (Vocal), Oasih Otomihsah (Drums), Uran Enikes (Vocal / Guitars)
Artwork oleh Ragnar Persson
Tracklist :
Side A
1 - Join Us..
2 - House of Meat
3 - Nuclear Death
4 - Maximum Rotting Corpse
5 - Morbid Angel of Death
6 - Death In Hell
Side B
1 - Darkness In The Dark
2 - Vice
3 - ABC Butchers Co. Ltd
4 - Death By Napalm
5 - North of Hell
North of Hell (2017) melalui proses rakaman di Studio ChaosK Inc sekitar 2014 sehingga 2017. Rakaman drum dilakukan di studio berasingan iaitu di Studio Revole, Akihabara pada 2014 dan diselenggara oleh Ohara. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Takanori di Studio ChaosK Inc.
Sepanjang mendengar album ini, gua boleh katakan terdapat satu kepuasan yang sedikit jarang didengari jenisan Death Metal bawaan mereka. Dengan tone gitar yang mendap seakan direct amp, ditambah dengan distortion pada bass membuatkan sound gitar dan bass menjadi melekat antara satu sama lain.
Dengan riffing yang berada diantara Old Skool dan kadangkala seperti mendengar band2 Grindcore berteraskan Punk, ianya pada gua mnjadi tarikan kepada pendengar yang lebih terbuka. Gabungan growl dan separa scream dari vocalist dan pemain gitar menjdaikan ia satu lagi tarikan dan kedengaran tidak boring walaupun gegendang telinga dihentak dengan dentuman drum dan ditusuk tone gtar dan bass yang melekat sekali.
Seperti yang dinyatakan, Carnage, Bolt Thrower (era awal) dan Carcass (era lama) adalah antara pengaruh kepada music Butcher ABC namun beberapa riffing yang lebih modern turut boleh ditangkap yang kadangkala seakan Groove Metal dan mampu membuatkan pendengar atau penonton melonjak-lonjakkan diri. Ok, sebelum gua terlupa ditrack terakhir iaitu self-title kepada album ini, seorang gitarist jemputan telah menyumbangkan solo. Beliau adalah Jong "Chuck" Jeong dari band Fecundation.
Ok, North of Hell (2017) boleh diperolehi melalui format digital (melalui laman bandcamp) dan fizikal copy dimana Obliteration Records sendiri menghasilkan format CD (edisi pertama Papersleeve Gatefold CD dan diulangcetak pada March 2018) dan Happy Records mengeluarkan untuk 2 format kaset/tape iaitu limited edition dan Japanese Die Hard Freak Edition. Sila hubungi Obliteration Records atau Happy Records untuk mendapatkan copy anda.
Official Website
Bandcamp


No comments:
Post a Comment