Nytt Land - CVLT [Full Length, 2020]



Definisi muzik extreme bagi saya tidak terhad kepada Metal dan Punk. Pada saya asalkan soundnya kasar (tidak semestinya gitar berdistortion), atmospherenya yang mengundang rasa ‘berat’ dan terasa hnghhh lepas dengar, itu pun dah kira extreme la macam Noir Jazz atau Dark Ambient.

 

Saya berpeluang mendengar keluaran terbaharu Nytt Land berjudul ‘CVLT’ yang menemui pasaran pada 25 Mac 2020. Duo Dark-Ritual Folk dari Rusia ini membawa muzik berat dari spektrum permainan dan gaya muzik rakyat yang digaul bersama elektronic noise dan gitar elektrik, menjadikan seni bawaan mereka walaupun bukan Metal/Punk, tapi berat dan ekstrim.

 

Kehadiran instrument bukan standard seperti tagelharpe, jew harp, dan tin whistle bersama-sama teknik throat singing benar-benar membangkitkan feel seperti berada dalam ritual perbomohan zaman purba. Saya memang sucker untuk folk music dan ambient dan memang senang convinced apabila ada instrument pelik-pelik ada.

 

Tapi saya kurang gemar dengan kemasukan beat moden dan gitar elektrik terutamanya di trek Song of the Kazym Goddess. Terasa potong feel. Pada saya approach yang menggabungkan beat elektronik dan gitar elektrik tidaklah salah, Faun contohnya pernah buat macam ini. Saya cuma merasakan macam disconnected la, atau senang cakap, penambahan beat moden dan gitar tu seakan an afterthought.

 

Namun ada juga trek yang boleh dilayan seperti Valhalla Rising dan Sortunut ääni. CVLT adalah album folk/ambient yang okey sahaja, tidaklah mindblowing. CVLT kini terdapat di pasaran.

 

FFO: Liholesie, Heilung, Tenhi, Nest, Wardruna, Faun

 

No comments:

Post a Comment